Cinta anugerah teragung yang dicipta kepada manusia oleh Illahi... Hargailah ia sebelum ia pergi meninggalkan kita .. Hargailah Cinta sebelum ia Pergi x Kembali lagi..

Thursday, 22 September 2011

Sanusi, Rafidah terima ijazah kehormat UUM


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
ALOR SETAR: Dua bekas menteri Kabinet, Tan Sri Sanusi Junid dan Tan Sri Rafidah Aziz akan menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) sempena majlis konvokesyen ke-24 universiti berkenaan bermula 1 Oktober depan.
Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, kedua-dua tokoh berkenaan dipilih berdasarkan sumbangan mereka kepada pembangunan negara.

Sanusi, bekas Menteri Pertanian akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Politik dan Pembangunan, manakala Rafidah, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Perdagangan Antarabangsa.
“Seperti yang kita tahu, Rafidah juga bekas Ketua Wanita Umno, manakala Sanusi pernah menjawat jawatan Menteri Besar Kedah sangat berjasa kepada negara pada zaman masing-masing,” katanya.

Penganugerahan ijazah kepada dua pemimpin terbabit akan disempurnakan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Canselor UUM.

Dalam pada itu, Mohamed Mustafa berkata, konvokesyen kali ini juga menyaksikan penganjuran terbesar UUM sejak penubuhan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu sejak 27 tahun lalu membabitkan seramai 8,556 graduan pelbagai bidang pendidikan.

Konvokesyen selama enam hari adalah terpanjang pernah dianjur setakat ini dan turut membabitkan 795 graduan antarabangsa dari 41 buah negara.

No comments:

Post a Comment