Cinta anugerah teragung yang dicipta kepada manusia oleh Illahi... Hargailah ia sebelum ia pergi meninggalkan kita .. Hargailah Cinta sebelum ia Pergi x Kembali lagi..

Monday, 19 March 2012

Bumi Thailand Yang Damai



Wah baru sekarang aku ada masa yang sesuai nak update blog kesayangan aku ni hehehhehe okay la seperti mana yang aku dah janji sebelum ni aku nak post pasal trip aku ke Thailand kan2 , bukan habis 1 negara thailand 2 aku pergi ronda2 la hehehhe kita orang just pergi ke Selatan Thailand jer ke Hatyai n Songkhla..  kitaorang p sana ikut rombangan lawatan yang dianjurkan oleh sutdent UUM sendiri kitaorang pergi sana 16.3 baru2 ni..best sangat2 memang rasa berbaloi dengan perkhidmatan yang diberikan oleh agen bus yang kita org ikut 2 .. tapi kami semua x puas nak jalan2 lagi Insyallah sem depan nak pergi lagi ... kasi puas2 yang sebenarnya kitaorang rancang nak naik bus sama2 dengan kawan2 aku yang pergi sama2 tapi kerana sebab2 tertentu terpaksa aku n lieza naik bus lain.. apa2 pun walaupun berpisah kami tetap merasai nikmat kepuasan semasa kami melancong berdua (poya kan ayat hahahahhaa) x sempat mana nak bergambar-bergambar ni sebab nak kejar masa satu tempat hanyalah diberi masa dlm 30,40 n 1 jam jer nak jalan2 mana la sempat sangatkan.. sem depan nak pergi lagi baru call mak bertaw x puas lagi nak jalan2 mak kata apa taw nak pergi lain kali kumpul duit sendiri hehehheee.... aku bawa RM200=2000 BATH x habis pun masih ada lagi baki duit 2.. x taw la nak buat apa dgn duit 2 buat kenangan la kot hehehehheeee.... okay berbalik semua masa trip tempoh hari kitaorg kena tunggu kat mall sebelum berangkat nak pergi bukit kayu hitam ( sempadan Malaysia - Thailand)  korang ingat senang nak pergi thailand rumit la juga oversea kata hahahahha  mmng blh dikatakan rumit nk berurusan dengan kastam kat Bukit Kayu Hitam lagi lepas 2 kastam kat Thailand lagi.. nasib baik la semu urusan dipermudahkan hari 2.. senang kerja kitaorang masuk Thailand pun dah pukul 11 pagi la lebih kurang... bila sebut perkataan Thailand dah fikir menda2 negatif untuk pengetahuan semua buang sikap negatif 2 think positif okay... Bumi Thaialnd ni bumi yang subur... sepanjang perjalanan dapat tengok permandangan yang hijau jer pokok2 yang subur2 kat sana, sejuk mata memandang..  first tempat kitaorg pergi kedai jualan barangan kulit dan banyak lagi barang2 dia jual la kat kedai 2 kat Hatyai... walaupun dapat discount card 20 % namun bagi aku barang kat situ still mahal la... baju t-shirt sehelai 200 bath=RM20.... huhuhu x pelah terima kasih sahaja la.... aku n lieza pusing2 jer kat situ x beli apa2 pun kat situ sebb mahal hehehhee.. dan lpas ke kedai itu kita pergi ke kedai yang menjual kacang2 adalah kacang gajus kacang gajus 1 pekat 200 bath juga so beli la ( aku ni kan pengemar gajus hehehhe) habis la juga dalam 400 Bath beli kacang... lpas 2 semua orang dalam bas dah kelaparan kitaorang pergi makan syoknya dapat makan tom yam made in Thailand sendiri syok 2 .. orang2 lain satu meja dalam 10 orang tapi meja aku 7 orang jer puas hati giler makan ... lieza dia paling suka makan ikan talipia masak merah aku suka tom yamnya sampai sekarang rindu kat tom yam 2... satu kepala yang makan 150 Bath seorang dalam RM15 tapi bagi aku dah okay sangat... kitaorang teruskan perjalanan lagi ke destinasi yang seterusnya. kitaorang pergi ke pantai duyung menuurut pemandu pelancong kitaorg Asri 2 kat pantai 2 dulu ada betul2 duyung n ada harta karun kat situ entah betul ke x nya kan.. ( yang betul2 ada patung duyung jer ada hehehehhe) kat situ key chain2 murah2 ada yang harga 10 Bath jer satu aku beli la kan cikit nak buat kenang-kenangan untuk kekwan nanti. kat pantai 2 juga boleh nampak pulau tikus n pulau kucing pulau tikus lebih besar dari pulau kucing x taw la kena heheheh aku ada ambil gambar kat patung tikus n kucing tapi x minta lagi kat lieza, sebb gambar 2 ada kat dl hp lieza kat pantai ini kitaorang diberi masa 1 jam jer alamak x cukup masa la satu pantai x habis ronda2 lagi.... cantik pantai diorang cuma yang x cantiknya bila tengok anjing2 yang berkeliran mcm kucing2 ... kita orang x sempat nak pergi naik bukit apa nama entah nak main dengan monyet2  ala buat apa kan nak main dgn monyet dlm UUM ni dah banyak monyet kan2... so kitaorang shooping.... Destinasi yang seterusnya kitaorang pergi ialah ke pasar terapung best sangat2 barang boleh dikatakan murah2 juga la kat sana kan.. aku just beli baju t-shirt jer utk aku 2 helai, untuk adik aku sehelai... yang paling best aku ada beli cawan tanah liat doraemon.... letak air 25 Bath jer.. kitaorang x pergi la kat yang jual2 dalam perahu tepi tebing sungai 2 kitaorang pergi yang ada kat kedai yang ada kat ada darat jer 2 pun x ronda2 habis sebb nak kerja masa kitaorang ada 1 jam jer kat situ mana sempatkan nak solat lagi nak jalan2 lagi... 

 



 

(Bukit kayu Hitam)
 kat atas 2 la  tempat imergesian( macam salah jer aku ejan kan)  nak keluar masuk ke thailand..


Aku x taw nak beli apa so yg 2 jer aku beli hehehehehheee.... kat floating Market 2pun x taw nak beli apa sebb bagi aku barang2 kat sini lebih kurang kat Padang Besar jer..... so x taw nak beli apa kan.. yang bestnya aku cuba main lontar2 belon n bola tapi x ada rezeki nak bawa balik cik bebear yang cantik2 hehehhe.. lpas 2 hari dah pun senja haaaa lupa nak bertaw Waktu di Thailand 1 jam lambat dari Malaysia taw.. tuk2 hari dah malam.. kitaorang berhenti lagi kat satu pasar malam ni ada banyak orang Islam yang jual2 kat sini.. sebb perut dah lapar n buat la keputusan nak makan cucuk2 @ bakar2 jer mak oii punya la mahal 1 batang harga dalam 20 n 30 Bath mahalnya.. Aku n lieza makan dah pun habis dalam 120 Bath heheheh bunyi mcm byk jer kan makan padahalnya beli bakar2 jer pun dalam 5 cucuk x silap aku.... nak pergi kat pasar ni kitaorang naik tup..tup ( betul dah kot).. ala kenderaan dalam cerita Indon 2  mcm lori pun ada bagi aku la... hahahha lawak2 first time aku cuba dalam hidup aku tapi menyernokkan la... satu pengalaman yang baru dalam hidup aku sem ni... yer la bila lagi kan nak cuba .... ingat kan ni destrinasi terakhir kitaorang rupa2nya kitaorang berhenti balik kat night market yang jual barang2 yang lebih muran lagi... duit aku ada dalm 300 bath ( nasib baik ada tukar duit dgn lieza dia nak bath aku tukar la bagi dia 200 bath, klo x taw nak beli apa lagi ) lebih lagi ni... yer la agen kitaorang 2 cakap ini destinasi last kitaorang sebb nak habiskan duit yang bersaki baki lagikan.. kat night market ni aku just beli 1 beg duit utk mak aku n seekor bebear polis ala harga dia 100 bath jer heheheh.. alamak internet slow la nak upload gambar en bebaer polis aku ni.. ok lain kali aku upload ya... well lpas 2 kitaorang terus balik ke Malaysia hehehhehee dalam pkol 10 lbh bertolak n tersekat2 lagi kat pemeriksaan kastam 2... dalam pkul 12 dah selamat sampai ke bumi sintok... ok la rasanya dah banyak aku cerita2 kat sini klo nak cerita lebih detail lagi... penat aku nak menaip lagi mata dah layu ni.. k la.. Gud night







( hati semasa di thailand rasuah banyak hehehehe)

 ( try la korang pergi dulu tengok mcm mana keadaan Selatan Thailand ni,).... jangan fikir yang negatif sahaja taw... think positif okay... ...

 

Saturday, 17 March 2012

SEBUAH CERITA MOTIVASI YANG BENAR UNTUK KITA AMBIL IKHTIBAR..

Kali ni aku nak share cerita dgn korang semua tentang TNC UUM... Datuk Dr Ahmad Faiz... Ayahanda kesayangan kami student UUM... Ayahanda kami ni sangat2 perihatin taw kat  anakanda2 dia semua kt UUM ni... tapi sedih nanti beliau akan tamat berkhidmat dgn UUM ni dalam pertengahan tahun ni... so baca la kisah yang saya nak share dengan kawan2 semua


 
Cerita sisi gelap remaja Datuk Dr. Faiz
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjGRJW9YDzBLKQi-BuI3Z3oHjAYGO9fMaqch5rMdZNgiq2XS01iQsHzeYn3Yy-8P9NwO1FUemQH00kcAbQNLtgF7hXxVTFARhv0H7Z54Q6vdSXkrX0ukjdOHxG06rVxFU99aCevEyr922hb/s400/TNC.jpg

Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Utara Malaysia (UUM) ini tidak segan mengakui bahawa dirinya pernah gagal dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (LCE).

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN

Dalam setiap kelahiran, seseorang itu pasti menemui kegagalan tidak kira kecil atau besar.  Ada yang jatuh tersungkur, ada juga yang merasakan dirinya malang atau pembawa sial apabila sering ditimpa kegagalan.

Namun, kegagalan bukan sesuatu yang mustahil untuk ditangani.  Sebaliknya jika seseorang itu membulatkan tekad dan berusaha untuk mengubah nasibnya dari seorang yang gagal menjadi tokoh yang disegani, kejayaan mungkin menyebelahinya.

"Semua orang inginkan kejayaan tetapi percaturan dalam hidup ini adakalanya tidak tepat.  Sekiranya kejayaan yang diharapkan bertukar dengan kegagalan yang memeritkan, memang tidak mudah untuk kita bangkit semula.

"Tetapi percayalah, setiap dari kita mempunyai peluang untuk berjaya sekiranya kita berusaha ke arah itu," ujar Profesor Madya Datuk Ahmad Faiz Hamid, 62.

Berkongsi pengalamannya yang gagal satu ketika dahulu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Utara Malaysia (UUM) ini memberitahu Kosmo! beliau juga pernah melalui saat-saat sukar dalam hidupnya.

Malah, pada waktu itu hanya satu perkara yang boleh dilakukan olehnya iaitu berserah pada takdir.

Gagal LCE

"Mengimbau kisah remaja pada tahun 1960-an, saya seorang anak yang berpotensi dalam pelajaran.  Tamat sekolah rendah, saya terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Datuk Abdul Razak di Tanjung Malim, Perak iaitu sebuah sekolah berasrama penuh yang juga antara sekolah 'premier' di Tanah Melayu ketika itu.

"Namun akibat banyak bergaul, pelajaran saya tidak menunjukkan prestasi memberansangkan, lebih-lebih lagi sewaktu berada di tingkatan tiga.

"Pada tahun saya menduduki peperiksaan LCE (sekarang Penilaian Menengah Rendah), bapa saya meninggal dunia.  Mungkin terlalu memikirkan keluarga, saya hanya dapat pangkat tiga dalam LCE dan tidak dibenarkan melanjutkan pelajaran di sekolah terbabit," jelasnya yang turut mengakui mula merokok pada usia 13 tahun.

Sekembalinya ke kampung halaman di Lenga, Muar, Johor, ibunya sempat memberi kata dua, sama ada mahu sambung ke tingkatan empat tetapi dengan syarat mencari duit belanja sekolah sendiri ataupun memberi peluang kepada adik-adiknya yang lain untuk terus bersekolah.

"Arwah bapa meninggalkan kami 11 beradik ketika saya masih bersekolah dan adik-adik yang lain masih kecil.  Sebagai anak kedua, saya tidak mahu membebankan ibu dengan masalah saya sedangkan tanggungjawab yang lebih besar menanti ibu.

"Pada waktu itu, baru saya sedar, saya telah mensia-siakan peluang sewaktu belajar dulu.  Maka disebabkan itulah saya ambil keputusan berhenti belajar dan bantu ibu," ujarnya.

Kerja kampung demi keluarga

Setahun bekerja, demi mengikut bapa saudaranya menangkap ikan di Kuantan, menjadi buruh kasar di Bandar Maharani dengan upah RM3.30 sehari hingga ambil upah bekerja di kebun kelapa di Pontian, Faiz mula rindu untuk belajar semula.

"Saya jadi murung dan tertekan dengan keadaan yang menghimpit pada waktu itu.  Saya tiada keyakinan diri dan tak tahu di mana masa depan saya.

"Saya mula terfikir, takkan selamanya aku nak kerja macam ni, sedangkan dulu aku budak pandai?" katanya.

Melihatkan kesungguhannya untuk belajar, seorang bapa saudaranya menghadiahkan beliau satu doa dengan jaminan nasibnya akan berubah jika doa itu diamalkan.

Seminggu mengamalkan doa itu, terasa kehidupan ini kembali terisi.

"Saya juga mula percaya, rezeki dan kejayaan itu ada di mana-mana untuk saya, sama ada cepat atau lambat, ia mampu dicapai sekiranya saya berusaha memilikinya," kongsi beliau lagi.

Letih menjadi anak rantau, Faiz kembali semula ke Muar dan menetap bersama keluarganya.  Sebaik sahaja pagi menjelma, Faiz sudah bersiap-siap untuk keluar menoreh getah.  Usai kerja di ladang, waktu petang diisi dengan mengerah tenaga di sawah padi.

Apabila kesedaran mula meresap dalam jiwa mudanya, Faiz tidak lagi membazirkan masa menghisap rokok daun di tepi simpang, sebaliknya masa lapang yang ada dimanfaatkan dengan menyertai program-program yang dianjurkan persatuan belia di kawasannya.

SPM pada usia 25 tahun

Selepas beberapa tahun hasratnya menyambung pelajaran tertangguh, Faiz akhirnya berjaya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Mohd. Yassin, Muar pada usia 25 tahun pada tahun 1972.

"Walaupun saya jadi 'pelajar dewasa'  dan terpaksa menumpang belas ihsan orang untuk sambung belajar, saya tolak tepi perasaan malu demi merealisasikan impian saya selama ini," ungkapnya lagi.

Bertitik tolak daripada kejayaannya mendapat keputusan SPM yang memberansangkan, Faiz melanjutkan pelajaran ke peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Dalam tempoh belajar, Faiz turut mengajar Kepimpinan di kelas Bimbingan Persatuan Pelajar Melayu Muar di sekolah yang sama.  Tanpa tunjuk ajar dari sesiapa, beliau berjaya peroleh dua prinsipal B.

"Pada tahun 1975, saya melanjutkan pengajian dalam bidang Sosiologi di Universiti Malaya dan mendapat ijazah pertama dua tahun selepas itu," katanya yang menjadi Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS) sepanjang tempoh pengajiannya di universiti terbabit.

Ke Felda dan UUM

Menyertai Felda selepas tamat pengajian pada 1978, keterujaan Faiz dalam membangunkan persatuan belia dan jati diri anak desa bagaikan terubat apabila dilantik sebagai Pegawai Pembangunan Belia di organisasi terbabit.

Berkhidmat hampir enam tahun di Felda, beliau ditawarkan sebagai pensyarah di UUM pada tahun 1984.

Moto GPMS, 'Belajar Terus Belajar' yang terpatri dalam jiwa anak Johor itu membakar semangatnya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana.

Memilih bidang Perhubungan Antarabangsa, Faiz terbang ke United States International University di San Diego, Amerika Syarikat untuk memenuhi impiannya bergelar siswazah pada tahun 1985.

Pada tahun 1990, anak desa yang pernah mendapat pangkat tiga dalam LCE itu berjaya menamatkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang yang sama di University of Waikato, New Zealand.

Beliau yang menyifatkan sisi gelap hidupnya ketika bergelar remaja dahulu banyak mengajar dan mendewasakannya, malah membentuk keperibadian tidak mudah mengalah dalam dirinya.

"Pesanan saya, sesiapa pun tidak harus mensia-siakan peluang yang telah diberikan padanya, tidak kira sama ada kecil atau besar.

"Setiap daripada kita juga perlu ada mentor yang boleh dicontohi sikap positifnya dan sentiasa dalam keadaan bermotivasi supaya kita tidak lari dari landasan yang sepatutnya.

"Yang ketiga, jika ingin berjaya, semangat perlu ada, disiplin dan usaha perlu berterusan dan jangan sekadar melepaskan batuk di tangga.  Percayalah, kalau kita berusaha sehabis baik, tidak abaikan tanggungjawab dan tidak mudah berputus asa, insya Allah kejayaan yang diidam pasti dalam genggaman," tegas Faiz mengakhiri perbualan.

Info Ahmad Faiz Hamid
  •  Memegang falsafah: "Tidak akan lari daripada kegagalan sebaliknya cari jalan bagaimana nak tebus kegagalan itu dengan sebuah kejayaan yang membanggakan".
  • Faiz tidak pandai dan tidak boleh memandu kenderaan selepas terlibat dalam kemalangan ngeri pada tahun 70-an.
  • Walaupun aktif menyertai persatuan belia semasa muda, kedua-dua anak lelakinya, Ahmad Munir Akram, 33, dan Ahmad Mubin Rashdan, 31, tidak menunjukkan minat yang sama.
  • Baginya tidak rugi jika aktif berpersatuan, malah penglibatannya dalam Kursus Kepimpinan Belia di Pusat Belia Negara, Kuala Kubu Baru awal 70-an telah menemukannya dengan isterinya, Datin Tengku Azizah Tengku Ismail, 62.
  • Sangat suka bercakap mengenai kepimpinan dan jati diri khasnya kepada anak-anak muda malah dia akan menceritakan kegagalannya dalam LCE dalam setiap ceramahnya.
  • Selepas menduduki peperiksaan separa SPTM, beliau memohon untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Kewartawanan di Institut Teknologi Mara (ITM - kini UiTM) tetapi tidak diterima kerana ketika itu penguasaan bahasa Inggerisnya lemah.