Cinta anugerah teragung yang dicipta kepada manusia oleh Illahi... Hargailah ia sebelum ia pergi meninggalkan kita .. Hargailah Cinta sebelum ia Pergi x Kembali lagi..

Friday, 2 December 2011

6 ALASAN KENAPA MENJADI SINGLE ITU SWEET

Tidak berteman? Rasa sunyi? Usah harungi detik bersendirian dengan perspektif pesimistik. Berikut adalah antara alasan mengapa single ROCKS!!!
1. Bebas dan berdikari
Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.

2. Jadi rakan yang baik
Sememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.

3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah
Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.
4. Kuat keuntungan dengan part-time
Dengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.

5. Jimat kos
Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boelh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 speselseperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya
.
6. Kurang beban tanggungjawab
Anda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapabya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend anda.-tentangcinta.com

pencinta haiwan

Aligator jadi teman mainan



AKRAB...dagu Nelson diusap.
AKRAB...dagu Nelson diusap.
BERGURAU...Parker bergusti dengan Nelson.
BERGURAU...Parker bergusti dengan Nelson.
SYDNEY: Jurulatih reptilia, Stuart Parker mempunyai rakan sekerja yang boleh membaham hingga putus lengan anda.
Bagaimanapun, pakar hidupan liar itu tidak mempunyai masalah untuk berada rapat dengan Nelson si aligator, malah bertegas menyatakan, ia selamat untuk berada hampir dengan haiwan itu.
Reptilia berkenaan berukuran tiga meter panjang dan berat hampir 120 kilogram.

Namun Stuart berkata: “Anda boleh bekerja rapat dengan aligator kerana tabiat semula jadi mereka yang ‘lembut’.


“Malah, mereka akan membenarkan anda menggosok dagu mereka.”

Parker melatih haiwan itu supaya bertoleransi dengan manusia di tempat pemeliharaannya untuk membolehkan pemeriksaan kesihatan dilakukan dengan mudah.

“Ini bermakna kami tidak perlu mengeringkan keseluruhan kolam untuk membersihkannya dan mengalihkan aligator itu dari tempat kurungannya. Ia akan membuat haiwan itu stres,” kata Stuart.

Dan meskipun dia suka untuk bergusti dengan Nelson, Parker berkata, dia tidak pernah selesa untuk bergurau dengan buaya.

“Nelson si aligator hanya berat 120 kilogram berbanding buaya air masin kami terbesar kami seberat 295 kilogram.

“Aligator tidak mempunyai kekuatan tekanan rahang seperti buaya.

“Bagaimanapun, ada perbezaannya jika anda dibaham oleh kedua-dua jenis haiwan itu,” kata Parker.

Cinta aktivis hidupan liar itu terhadap aligator bermula ketika dia berusia enam tahun dan digigit oleh seekor daripadanya.

Dia bernasib baik kerana kot dan pakaiannya yang tebal menyelamatkannya daripada mengalami kecederaan teruk. Sejak itu, dia tertarik dengan reptilia berkenaan.

Peminat reptilia itu kini menguruskan Taman Hidupan Liar Ballarat di Australia yang diasaskan oleh datuk dan neneknya. - Agensi

Dari Hatiku Untukmu




Aku tahu..
Tahu bahwa kau belum mempercayaiku
Tahu bahwa kau jelas meragukanku

Aku sadar..
Sadar bahwa kau masih maya
Sadar bahwa akupun masih maya

Aku merasa..
Merasa nyaman dengan kehadiranmu
merasa tentram mendengar tawamu

Aku sakit…
Sakit karena terlalu merindukanmu
sakit karena terlalu memimpikanmu

Aku gila…
Gila karena terlalu mencintaimu
Gila karena terlalu mengharapkanmu

Tapi aku yakin…
Yakin bahwa ini benar adanya
Yakin bahwa aku menyayangimu sepenuhnya

dan aku pun percaya..
Percaya tentang sebuah rasa
percaya tentang sebuah cinta

…dari hatiku, untukmu…

BiCAra DeNgAN MalAM

Seringkali kita lupa tentang malam
Apabila munculnya siang
Kita lupa akan pentingnya malam
Kita lupa akan gunanya malam

Bercintaan kita juga boleh
diibaratkan seperti malam
tidak semua percintaan berakhir dengan kebahagian
bahagia bagi mereka berjaya
kedukaan bagi mereka yang sengsara

Seringkali kedukaan, kesengsaraan,
di bicarakan dengan malam
Malam seringkali dianggap teman
bukan teman untuk berbicara tentang kebahagian
tetapi teman untuk berbicara tentang
kedukaan hati

Apabila berlalu perginya malam
akan muncul lah siang
Siang akan menghapuskan kenangan malam
Kenangan tentang bicara tentang kesedihan

Bagiku bicara dengan malam bicara terindah
bicara yang menenangkan jiwaku
Bicara yang menyenangkan
Bicara tentang kesedihan
Bicara tentang kedukaan

Bicara dengan malam
ku berbicara dengan kehidupan..
Inilah BICARA DENGAN MALAM...










Tuesday, 29 November 2011

Gelagat-gelagat aku yang stress semasa buat asgmnt yg x taw kesudahannya

bila aku dah naik stress macam2 kelakuan giler2 aku buat utk hilangkan sedikit strees yang melanda diriku dek kerana asgment yang berlambak ni tapi sempat lagi aku berbloger2 malam ni eeehhh maksud aku pagi2 ni sebab aku baru nk tido selepas buatkan asgment yang x siap lagi ni.... adus macam mana ni ya.. adakah inilah yang digelar sebagai asgmnt last2 minit... 1 hb ni nk kena htr asgmnt group IB (international business) hahahah syoknya aku buat asgmnt saat2 last minit ni wakakakakaa... asgmnt individu pun x siap lagi... adus jom buat t... asgmnt ko-k???? x sentuh apa2 pun lagi ni... t aku try la buat..INSYAALLAH akan siap la nanti... k.lah aku nak sleep dah kelas esok pkol 9.30 pagi... (klas FM) malasnya nak pergi tapi aku kena rajin pergi ok... JANGAN MALAS2X IEKA, ORG YG MALAS AKAN RUGI.... 

 TENGOK LAH TELATAH AKU DIBAWAH YG STRESS


                                            (OTAK TGH SERABUT)


                                             (ILHAM X DATANG)



Monday, 28 November 2011

Kenangan kursus protokol 2011..... 19.11.2011

kursus protokol??????? kursus apa ni ya........ well kalo nak tahu kursus protokol ni merupakan kursus belajar cara-cara kita pergi ke majlis-majlis rasmi nanti bila kita dah kerja t la, tapi tak semestinya time kerja t jer kita berprotokol, bila-bila masa pun boleh la kalo nak berprotokol.... ----->(t aku ajak rakan2 aku berprotokol pula lain kali tapi bukan kat hotel kat cafe @ kat bilik kita la nanti ya) .... bila kita pergi kursus protokol t kita akan diajar cara penampilan kita ke majlis-majlis rasmi hehehehhe, dar segi pemakaian hinggalah cara make up taw... kita x boleh make up tebal2 sgt ke majlis-majlis rasmi tapi ikut keadaan la ya... selain  itu kita di ajar cara-cara nak makan masa kita masuk majlis-majlis rasmi... ala makan ala2 macam VIP, VVIP, VVVIP(berapa banyak V aku pun x taw la) syok pergi kursus protokol ni rasa macam nak joint lagi jer lain kali .... Kursus ini wajib bagi stdent uum ambil taw, ala hai bukan lama pun pergi kejap jer aku pergi dengan kawan2 aku tempoh hari kami ambil sesi petang  19.11.2011sebb ada nak ambil sesi pagi aku ada ko-k lagi la... kitaorg strt kursus pkol 5 petang, berhenti berehat sekitar jam 7----> 8 malam lpas 2 sambung balik sesi yg ke-2 syok sesi belajar makan secara berprotokol hehhehehehe ..... Awal2 mng berprotokol lpas 2 entah kemana hilangnya protokol sudah.... hahahahaa sampai pkol 9.30 baru habis kitaorg berprotokol hari 2.


kat bawah ni ada gmbr kitaorg semasa berprotokol
protokol ker? renung-renungkanlah




                                        ( tengok gaya aku pegang pisau n garfu ada gaya protokol x?




                                     (upacara bergambar sebelum masuk sesei ke-2)


  (bergambar sebelum kitaorang berebut dapatkan bus untuk balik DPP masing2)

 
                                              (lieza,uda,k.zue,na,jue, n aku la)