Cinta anugerah teragung yang dicipta kepada manusia oleh Illahi... Hargailah ia sebelum ia pergi meninggalkan kita .. Hargailah Cinta sebelum ia Pergi x Kembali lagi..

Thursday, 8 March 2012

Bukti Dunia ini sudah "TUA"

Dua letusan kuat di matahari


NYALAAN matahari terbesar dirakamkan satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan pada Selasa lalu


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Dua letusan kuat yang berlaku pada permukaan matahari diramalkan mencetuskan ribut geomagnetik dan radiasi terbesar yang pernah dialami Bumi dalam tempoh lima tahun, kata beberapa pakar cuaca kelmarin.
Ribut berkenaan yang akan berterusan sehingga ke hari ini, dijangka mengganggu grid kuasa, sistem navigasi dan satelit selain menyebabkan beberapa syarikat penerbangan mengubah laluan di sekitar kawasan kutub.
Ekoran letusan suria tersebut, penduduk di Asia Tengah berpeluang menyaksikan fenomena cahaya berwarna-warni dikenali sebagai aurora borealis semalam.
"Cuaca angkasa lepas menjadi amat menarik dalam tempoh 24 jam lalu," kata saintis cuaca angkasa lepas Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara (NOAA), Joseph Kunches.
Bencana itu bermula pada Ahad lepas di sebuah kawasan aktif yang dinamakan 1429 di permukaan matahari.
Kawasan tersebut menghambur angin api dan plasma dikenali sebagai ledakan jisim korona (CME) yang menuju ke Bumi pada kelajuan 6.4 juta kilometer sejam.
Satu lagi letusan suria dan CME menyusul kelmarin dan ia mencetuskan ribut radiasi solar dan geomagnetik yang kuat

menarik

Kereta kasut diuji


SEORANG pekerja memandu sebuah kereta yang mempunyai bentuk seperti kasut tumit tinggi di Hyderabad, India kelmarin.


HYDERABAD, India - Seorang pekerja menguji sebuah kereta yang mempunyai bentuk seperti kasut tumit tinggi di sebatang jalan raya di sini kelmarin.
Kasut itu dihasilkan sebagai sebahagian daripada satu siri ciptaan yang dilakukan oleh pereka kereta di India, Sudhakar Yadav.
Kereta itu boleh bergerak selaju 45 kilometer sejam

Friday, 2 March 2012

Shoping lagi.........

Mesti pembaca blog aku tertanya2 kenapa dah lama aku x update blog kan hehehehh sebenarnya sibuk sekarang.. almaklumlah asgmnt sudah dapat... so sekarang kena bagi tumpuan pada asgmnt la.. ---->( buat asgmnt la sangatkan hahahhahahaha) sebanarnya semalam aku baru lpas pergi shoping ke Padang Besar n Jitra hahahhahaha bukan setakat shoping jer merata pergi... Pergi pusing negeri Perlis... walaupun penat tapi memang puas hati sebab ianya melapangkan minda fikiran aku ni asyik duk pikir apa jenis perniagaan yang bersesuaian nak pilih untuk asgmnt bpcom dgn ltcer yang killer 2...... hhhhhhhhhhhhhhhhaaaaaaaaaaaaaaa Sumpah nanti kalo aku jadi ltcer aku x mahu jadi killer2 dah tahu mcm mn perasaan student yang dapat ltcer yg killer.....  ( bukan cita2 aku nak jd ltcer la ok) 


  Bila cakap hal2 shoping ni tak ada kesudahannya... kata awalnya nak jimat tuktuknya beratus juga yang habis hahhahahhaha nama lagi shopingkan...... kali ni aku shoping ala kadar jer hhehehehehehehe... kat padang besar aku belikan satu beg nak bawa p kelas kat aku.... aku beli satu beg tangan kat my mum, n my cousin .... hahahahahahha ala kadar la sgtkan kan... kat Jitra plak aku bali sepasang kasut jer, tapi kecewa kasut yg aku nak 2 x ada saiz aku.... adus melepas sudah.. sem lepas aku shoping kasut kat VERN'S  sem ni kat C-mart kat jitra jer.... harganya strdnd jer heheehehhehe x kan aku nak post kat sini nanti ada yang kata aku mengada2 plak nanti hahhahahahahahaaaa...  16.03 nanti aku nak p hatyai n Songkhla hahahahha THAILAND la beb ada sesiapa nak ikut??? jom2...( dalam hati aku----> nk jimat mcm mn la ya duk berjalan sana-sini jer kerjaannya kan)... okey la nanti aku update lagi blog aku ni masa aku balik dr Thailand plak..

Thursday, 23 February 2012

Lisa Surihani kini milik Yusry



YUSRY dan Lisa Surihani ceria selepas selamat diijabkabulkan di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Hanya dengan sekali lafaz, pelakon popular Lisa Surihani Mohamed kini sah menjadi isteri kepada pengarah, Yusry Abdul Halim setelah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Marriot Putrajaya semalam.
Disaksikan lebih 250 ahli keluarga terdekat kedua-dua pasangan, Lisa, 26, dan Yusry, 39, dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa dengan berwalikan abang sulung Lisa, Mohamed Azan Mohamed.
Ketika ditemui selepas majlis berakhir, Lisa meluahkan rasa syukur dan gembira kerana percintaan yang terjalin di antara mereka sejak tahun lalu berakhir dengan ikatan perkahwinan.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana akhirnya impian untuk mendirikan rumah tangga bersama Yusry telah termakbul.
"Walaupun gembira apabila sudah bergelar isteri tetapi saya agak sebak sebab arwah ayah tidak menyaksikan perkahwinan saya," ujarnya yang popular menerusi filem Ombak Rindu itu.
Pada majlis yang bertemakan Winter Garden itu, Lisa yang kelihatan anggun dengan busana baju kurung moden rekaan Cosry berwarna putih menerima tujuh dulang hantaran, manakala Yusry yang segak mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufik Tailor dan Nuratikah Songket menerima sembilan dulang hantaran.