Cinta anugerah teragung yang dicipta kepada manusia oleh Illahi... Hargailah ia sebelum ia pergi meninggalkan kita .. Hargailah Cinta sebelum ia Pergi x Kembali lagi..

Friday, 16 September 2011

Kali pertama lihat wajah adik


SEBELUM pembedahan, Joshua dan Jacob tidak pernah melihat  satu sama lain.
SEBELUM pembedahan, Joshua dan Jacob tidak pernah melihat satu sama lain.
MEMPHIS: Mereka adalah pasangan kembar yang dilahirkan menerusi pembedahan caesarean pada Januari, enam minggu lebih awal dari tarikh mereka sepatutnya dilahirkan.
Dan bercantum pada pangkal tulang belakang menjadikan peluang kanak-kanak itu untuk hidup semakin tipis.

Dalam apa yang dianggap sebagai keajaiban bidang perubatan, Joshua dan Jacob Spates selamat selepas menjalani pembedahan selama 13 jam untuk memisahkan mereka.
   
  • Foto SAAT Jacob dan Joshua melihat satu sama lain buat kali pertama.
  • Foto FILEM imbasan MRI menunjukkan bagaimana kembar itu bercantum.
Dan gambar menunjukkan, kedua-dua beradik itu yang selama ini tidak pernah melihat satu sama lain, akhirnya boleh berbuat demikian.

Kembar berusia lapan bulan dari Memphis, Tennessee itu berterusan menjalani pemulihan di bawah pengawasan doktor. Bagaimanapun, mereka sudahpun mengatasi apa yang mungkin menjadi penghalang terbesar yang akan mereka hadapi.

Kembar itu bercantum di bahagian belakang pelvis dan salur gastrousus perlu dipisahkan kerana keadaan jantung Joshua yang teruk.

Ibu kanak-kanak itu, Adrienne Spates berkata, pasangan kembar itu sihat sejak menjalani pembedahan pada 29 Ogos lalu.

Jacaob masih berada di bawah penjagaan rapi dan perlu menjalani beberapa pembedahan lagi sementara Joshua sudahpun dikeluarkan dari unit itu serta dipersiapkan untuk dibawa pulang.
Dr Max Langham, antara pakar bedah di Hospital Kanak-Kanak La Bonheur di Memphis berkata: “Joshua sihat dan kami berharap dia akan menjalani kehidupan normal.

“Walaupun Jacob mempunyai masalah jantung yang serius, pasukan kardiologi kami menaruh harapan yang tinggi rawatan yang diberikan terhadapnya akan berjaya.

“Jika tidak dipisahkan, umur mereka mungkin setakat setahun atau dua lagi.” — Agensi

Manusia kini semakin pelik

Penyanyi miliki kuku paling panjang di dunia


CHRIS 'The Dutchess Walton' memiliki kuku paling panjang di dunia.


NEW YORK - Seorang penyanyi rock, Chris 'The Dutchess Walton' disenaraikan dalam Guinness Book of World Records buat kali pertama sebagai individu yang memiliki kuku paling panjang di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang berusia 45 tahun memiliki kuku sepanjang 609.6 sentimeter (sm) di kedua-dua tangannya.
Walton yang merupakan ibu enam anak dan nenek kepada tiga cucu menyatakan dia mula menyimpan kuku tersebut 18 tahun lalu.
"Saya pasti pada satu hari nanti, saya akan memotongnya tetapi saya tidak terfikir mengenainya (untuk memotong kuku) kerana saya mahu memilikinya," kata wanita tersebut.
Walton menjalani rawatan kuku sekurang-kurangnya sekali sebulan.
Dia memiliki kuku paling panjang di dunia selepas pemegang rekod itu sebelum ini, Lee Redmond yang juga seorang nenek kehilangan kukunya dalam kemalangan jalan raya pada 2009.
Redmond memiliki kuku lebih 853.44sm. - Agensi

Thursday, 15 September 2011

Belut masuki pundi air kencing lelaki



BELUT yang memasuki pundi air kencing Zhang Nan dan telah mati.


BEIJING - Seorang lelaki, Zhang Nan menghadapi saat cemas apabila seekor belut kecil yang digunakan dalam rawatan kecantikan memasuki pundi air kencingnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Kejadian itu berlaku semasa dia berendam bersama sejumlah belut yang dipercayainya dapat menjadikan dia kelihatan muda lebih 10 tahun.
Nan menyelam di dalam sebuah tab mandi dan membiarkan haiwan tersebut memakan kulitnya yang telah matinya baru-baru ini.
Namun, selepas berada di dalam tab itu, dia merasa sakit seperti dicucuk.
Dia kemudiannya menyedari seekor belut kecil berada memasuki pundi kencingnya.
"Saya terus bangun selepas merasa sakit akibat gigitan belut itu," katanya yang berusia 56 tahun dan berasal dari Honghu, di wilayah Hubei.
Dia kemudiannya dibawa ke sebuah hospital dan menjalani pembedahan kecemasan selama tiga jam bagi mengeluarkan belut yang telah mati ketika dijumpai doktor.
Menurut seorang doktor, Jin Wang, belut kecil mampu memasuki kemaluan Nan kerana tubuh haiwan itu terlalu licin. - Agensi

Wednesday, 14 September 2011

Budak temui fosil berusia 160 juta tahun




TAMAN AIR COTSWOLD, Britain - Seorang budak berusia lima tahun, Emily Baldry menemui fosil cangkerang berusia lebih 160 juta tahun selepas menggali tanah dengan menggunakan sebatang penyodok yang selalu digunakan untuk membina istana pasir, lapor sebuah akhbar semalam.
Emily menemui fosil seberat 57 kilogram itu yang jarang didapati itu di kawasan Taman Air Cotswold di sini dengan bantuan bapanya Jon, 40, pada Mac tahun lalu.
Fosil lengkap berdiameter hampir 40.6 sentimeter itu berasal daripada haiwan moluska yang mempunyai cangkerang yang hidup di lautan.

EMILY BALDRY menemui cangkerang berusia lebih 160 juta tahun di Taman Air Cotswold, Britain pada Mac tahun lalu.


Ia kini disimpan di kediaman keluarga berkenaan di sini setelah ia dipamerkan kepada umum.
Cangkerang itu diberi nama Spike oleh Emily.
Selepas cangkerang itu ditemui, dia menyerahkannya kepada seorang ahli geologi, Neville Hollingworth untuk dibersihkan.
Emily yang kini berusia enam tahun berasa gembira apabila melihat cangkerang itu yang kelihatan berkilat semasa ia dipamerkan di Pusat Penerangan Gateway dekat Cirencester pada Ahad lalu.
Menurut bapa Emily, cangkerang itu akan dibawa pulang ke rumah selepas tempoh ia dipamerkan berakhir. - Agensi

Tuesday, 13 September 2011

shooping punya pasal ------> aku kaki shooping

hahahahha mng sah klo sebt pasal shooping sering kali di kaitkan dgn kaun hawa.. kena ya kaum adam x ada yang suka shooping ke???? .. tapi sebnrnya aku x menafikannya. aku sendri pun kaki shooping hahhahahaaa.. huhuhu dah hmpir nak habis duit aku asyik shooping jer memanjang.. hari ni rm200+++ aku habis g shooping kat jitra.. aku beli apa??? x taw la heheheh aku beli keperluan aku la.. sender n kasut pergi klas 2 pasang habis RM98.. ala beli yg elok terus  dapat pakai sampai puas hati n tahan lama bak kata mak aku.. aku ni pantang nmpk sender n krongsang.. keduanya aku mnt nk kumpul.. alamak koleksi kerongsang aku dah tnggl sikit lagi ni.. nak tunggu expo kt uum la t.. aku beli hp bru kat mama aku sebb dah jnji klo x jd p lngkawi aku beli la kat dia hp br sebbnya hp mak aku adik aku yang selalu guna n dah jd hak milik kekal dia dah.. asal ltk krdt n dia balik hujung minggu---->( adik aku ni duk asrama) habis krdt mama aku.. duit ada tapi dia ni kedekut cikit n amat2x la berkira.. aku nak beli hp juga hahahahhahaa t la biar keadaan mngizinkan dulu.. nak beli yg mcm mn ada la... biarlah rahsia ok la dah malam ni aku nk masuk zzzzzzz dulu.. esok klas pkol 9.30 pg

Saintis hasilkan kucing bersinar



SEEKOR kucing yang kelihatan hijau bersinar-sinar semasa ia diletakkan di bawah cahaya biru.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Sekumpulan saintis AS menghasilkan seekor kucing yang bersinar-sinar dalam kajian mereka untuk menangani penyakit virus Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS)
Apabila kucing itu diletakkan di bawah cahaya biru, bulu, misai dan kuku kaki haiwan berkenaan kelihatan bersinar dengan warna hijau..
Kumpulan penyelidik berkenaan menggunakan gen yang mengeluarkan kilauan untuk menandakan kehadiran sejenis protein yang dimasukkan ke dalam telur haiwan tersebut.
Protein itu diambil daripada monyet Macaque.
Kajian itu disiarkan kelmarin dalam jurnal Nature Methods yang menyatakan gen monyet tersebut dimasukkan ke dalam telur kucing.
Saintis-saintis juga memasukkan gen obor-obor yang menyebabkan sel-sel kucing menjadi berkilauan.
Ujian ke atas sel-sel yang diambil dari kucing itu menunjukkan ia mampu menangani virus yang menyebabkan AIDS ke atas kucing.

Tutup kisah lama - Faezah Elai




TIADA bicara hati dapat diluahkan aktres dan model terkenal, Faezah Elai, 29, selain menarik nafas lega selepas sah bergelar isteri kepada pengarah drama, Mohamad Heykal Mohd. Hanifah, 38, pada 9 September lalu.
Dewan Kondominium Plantino, Gelugor, Pulau Pinang, menjadi saksi penyatuan dua hati ini di hadapan Jurunikah Kawasan A Timur Laut, Abdullah Yahya kira-kira pukul 3.35 petang.
Seri wajah wanita yang baru bergelar isteri itu dilihat selepas upacara majlis pembatalan air sembahyang selesai dilakukan di hadapan seramai 300 ahli keluarga kedua-dua pasangan terbabit.
Pada majlis pernikahan itu, Faezah Elai menerima mas kahwin sebanyak RM1001 dan 11 dulang hantaran berbalas sembilan.

HEYKAL mengucup dahi Faezah sebaik mereka sah disatukan sebagai suami isteri.


Pasangan tersebut bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar wang hantaran dan dikatakan akan mengumumkannya pada majlis resepsi, 3 Disember nanti di Dewan Bankuet, Kem Tun Abdul Razak, Bukit Gedung manakala Heykal akan mengadakan majlis keesokan harinya, bertempat di Hotel Tanjung Bungah.
Walaupun sebelum ini ceritera cintanya berlagu kencang di persada dunia hiburan tempatan angkara dikatakan menjadi punca runtuhnya gerbang istana Heykal dengan isterinya, namun dia mempunyai pandangan tersendiri dalam menilai kehidupannya sebagai pasangan merpati dua sejoli.

BERDEBAR. Mungkin itu yang dirasakan Faezah sewaktu Heykal melafazkan akad. Mereka sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz.


Pasangan itu yang ditemui sejurus selesai majlis akad nikah tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira dan bersyukur untuk menjalani kehidupan berumahtangga.
“Alhamdullillah...saya bersyukur kerana semua yang dirancang berjalan dengan lancar dan sehingga saat ini saya masih tidak menyangka sudah bergelar isteri orang.
“Malah, apa yang saya harapkan agar semua cerita-cerita lama dapat ditutup dan tidak perlu dibangkitkan lagi,” kata anak kelahiran Gelugor itu sejurus selesai majlis akad nikah.
Malah menurut anak sulung daripada tiga adik-beradik itu lagi, keikhlasan cintanya terhadap sang suami adalah berdasarkan hati yang tulus dan niat yang baik.
“Ikatan perkahwinan ini sudah tersurat dan kita sebagai hamba Allah perlu ikuti setiap perintah-Nya. Jodoh dan pertemuan juga diberikan oleh-Nya. Perkahwinan saya dan Heykal juga tiada kaitan dengan spekulasi sebelum ini dan saya tidak mahu aibkan sesiapa malah inginkan kebahagiaan yang berganda dalam rumahtangga kami ini,” jelasnya penuh jujur.

PELAKON ini mahu semua spekulasi lama tentang hubungan mereka dipadam sebaik mereka berkahwin.


Mengenai detik pertemuan cinta mereka mereka katanya, semuanya bermula selepas keluar menonton wayang bersama pada bulan Mac lalu.
Menurutnya, pertemuan yang singkat itu disusuli pula dengan ucapan ‘saya cinta awak’ daripada Heykal dan ianya cukup memberi kesan dalam jiwa sehinggakan berjaya merungkai isi hati kedua-dua pihak.
“Pengenalan antara kami sebagai rakan biasa bermula pada pertengahan tahun lalu sebelum masing-masing meluahkan perasaan cinta. Kami tidak melangsungkan majlis pertunangan tetapi hanya mengadakan majlis merisik pada bulan April lalu sebelum kedua-dua pihak keluarga meletakkan tarikh pernikahan,” ujarnya.
Ditanya tentang keistimewaan Heykal, pelakon yang pernah membintangi drama bersiri La Dolce Amira memberitahu, sikap mengambil berat dan romantis suaminya itu membuatkan hatinya tertawan selain kedua-duanya berasal dari negeri yang sama.

PASANGAN yang bekerja dalam aliran sama ini tidak mempunyai masalah untuk menyokong antara satu sama lain.


Sementara itu, bagi Heykal yang berstatus duda pula berkata, perkahwinan kali keduanya itu diharap memberi lembaran kepada mereka berdua.
“Kami akan lupakan segala perkara yang lalui dan akan menjadikannya sebagai iktibar serta pengajaran dalam mencari kebahagiaan hidup sebagai pasangan suami isteri di masa depan.
“Harap selepas ini tidak timbul lagi perkara-perkara lama dan saya akan melindungi isteri saya serta tidak akan teragak-agak untuk masuk campur dalam apa jua hal yang berlaku terhadapnya,” jelasnya sambil menjeling ke arah isteri Faezah Elai.
Berhubung tentang penerimaan anak-anak Heykal, celah Faezah Elai, dia tidak mempunyai masalah dengan tiga cahaya mata suaminya itu dan akan menerima mereka sebaik mungkin.
Bagaimanapun, pasangan ini belum memutuskan lagi mengenai perancangan lokasi berbulan madu yang dijangka akan dilaksanakan selepas selesai majlis resepsi di kedua-dua belah pihak nanti.
Malah Faezah sendiri memberitahu agenda itu terpaksa ‘dilupakan’ seketika memandangkan jadual kerjanya yang amat padat. Sebelum majlis, dia sibuk dengan penggambaran slot Samarinda, Jiwa dan Lara, kini selepas bernikah pula dia akan menjalani penggambaran filem Tanda Putra Negara di London.
“Alhamdulillah, rezeki berlakon datang mencurah dan walaupun sibuk berlakon, saya akan tetap mendahulukan rumah tangga saya,” ikrarnya.