Cinta anugerah teragung yang dicipta kepada manusia oleh Illahi... Hargailah ia sebelum ia pergi meninggalkan kita .. Hargailah Cinta sebelum ia Pergi x Kembali lagi..

Saturday, 24 May 2014

KISAH CINTA HIZAMIFIKRIEKA

HIZAMIFIKRIEKA?????????????

HIZAMI FIKRI

+ 

IEKA   

(SIAPA LAGI KALAU BUKAN DIRIKU SENDIRI)

 

=

HIZAMIFIKRIEKA..

 

Doakan kebahagian kami... Semoga ikatan ini berkekalan hingga ke jinjang pelamin.. semoga ada jodoh di antara kami berdua.. semoga kebahagian yang bakal kami perolehi kebahagian di dunia dan akhirat.. Semoga ikatan ini berkekalan mendapat redha dari Ilahi.. aku harapkan dia yang menjadi imamkan kelak, memimpinku ke jalan yang diberkati, yang dapat menerima aku seadanya sememangnya diriku ini banyak kelemahan berbanding kelebihan.. semoga dia juga yang akan bapa yang penyayang kepada anak-anak kami kelak.. YA ALLAH YA TUHANKU Perkenankanlah doa hambaMu ini... 

 

Wednesday, 16 April 2014

YB KARPAL SINGH MAUT DALAM KEMALANGAN

N3 hari ni pasal ahli parlimen Bukit Gelugor YB KARPAL SINGH MAUT KEMALANGAN...


Monday, 11 March 2013

kesibukan

SIBUK SANGAT KE???? OKKKK KITA MASING2 MEMANG SIBUK... AWK INSYAALLAH SATU MASA NANTI KITA AKAN ADA MASA UNTUK BERSAMA-SAMA..LARI DARI KESIBUKAN DUNIA NI... HANYA KITA BERDUA SAHAJA... APA2 PUN SAYA FAHAM....

Sunday, 3 March 2013

DOAKAN KAMI

ASSALAMUALAIKUM SEMUA....

DAH LAMA X UPDATE BLOG NI... MAKLUM LA SEKRG BIZI SANGAT2 MALAM2 PUN MASUK TIDO AWAL.. SEBAB KELETIHAN... OH LUPA X UPDATE LAGI STORY MORY PASAL PENGALAMAN PRAKTIKAL AKU... T LA AKU UPDATE NANTI PASAL TEMPAT PRAKTIKAL AKU T..

DOAKAN KAMI????? HEHHEHEHEEE DOAKAN AKU & SI DIA DIPERTEMUKAN JODOH ..AMIN AMIN AMIN... SEMOGA IKATAN YANG KAMI BINA SEKARANG DAPAT KAMI PERTAHANKAN SEHINGGA KE JINJANG PELAMIN & SEPANJANG AKHIR HAYAT AKU & DIA... DOAKAN SEMOGA ADA JODOH ANTARA KAMI..
SEMOGA KAMI DAPAT SEMAIKAN KASIH SAYANG KAMI BERSAMA-SAMA.. SEMOGA HATI ANTARA DUA INSAN YANG BERJAUHAN NI DAPAT DISATUKAN...

AMIN YA ALLAH... 

Saturday, 19 January 2013

KAHWIN????

ASSALAMUALAIKUM.....

Hot x tajuk saya hari ni???? kahwin????? sudah sedia kah nak kahwin ni??? hakhakkkk lawak kan aku ni... aku x sedia lagi la nak kahwin la.... kawan2 aku ramai dah yang dah berkahwin n bertunang... aku????? well nanti dulu la aku x sedia lagi la.... tunggu dapat kerja dulu la, kumpul aset2 la... hehehhe nampak mcm aku ni materialistik tapi hakikatnya harta kekayaan tu penting juga untuk kehidupan... tahniah kat mmber2 yang dah berkahwin n yang dah bertunang.... aku??? doakan yang terbaik dalam perhubungan aku dan si dia, semoga ada  godoh diantara aku dan si dia... walaupun kami berjauhan seorang di timur n seorg lagi di utara...  hati kami tetap bersatu utk selama-lamanya.. tapi aku redha andai kata telah tertulis tiada jodoh antara aku dan dia aku terima dengan seadanya mungkin ALLAH S.W.T akan pertemukan jodoh yang terbaik kepada aku kelak..AMIN



P/S: DOAKU SUPAYA AKU DAN KAMU SENTIASA ADA JODOH ANTARA KITA.... SAYANG KAMU....

Sunday, 13 January 2013

9 Nama Anak Syaitan Beserta Tugasnya

Salam.
 9 Nama Anak Syaitan Beserta Tugasnya
Kali ni aku nak berkongsi 9 Nama Anak Syaitan beserta tugasnya manalah tahu ada jugak yang belum tahu macam aku kan? Setiap pasangan yang berkahwin pastinya inginkan anak dan semestinya akan memilih nama yang sesuai tetapi minta dijauhkan dari 9 nama ni ye;
1. Zalituun
Duduk di pasar / kedai menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu (membazir)
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A’awan
Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan / kekayaan sehingga terabaikan kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol dan suuka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat seperti di kelab mlm dan tempat-tempat maksiat.
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan dan dekat manusia yang suka muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan darjat.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, umpatan, kutukan dan apa sahaja perkataan yang tidak baik.
7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga seperti suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi.
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadah yang lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.
P/s: Semoga bermanfaat kepada korang. >.<

Friday, 28 December 2012

SALAM KERINDUAN, EXAM DATANG LAGI

HAAAAAAAA???? ENTRY KALI INI PASAL KERINDUAN.... WAH2 HOT X????? X ADALAH SAYA RINDU NAK NAK BALIK RUMAH... X SABAR NAK BALIK RUMAH WALAUPUN BRU 2MINGGU LEPAS DAH BALIK RUMAH TAPI HATI NI SENTIASA RINDU KAT RUMAH LA... ADA SESIAPA TAW X APA UBATNYA UNTUK ORG YG ADA MASALAH KERINDUAN NI????  UBATNYA BALIK RUMAH... HEHEHHEHHEE T SAYA AKAN JALANI PRAKTIKAL KAT PEJABAT SATU BERHAD DI KUALA BERANG, DI NEGERI KU YANG TERCHINTA TERENGGANU DARUL IMAN...... SEM NI SEM LAST AKU KAT UUM KESAYANGAN AKU NI... SEMOGA AKU DAPAT JAWAP EXAM DENGAN TENANGNYA..AMIN.. SEMOGA SEMUA PAPER LULUS DENGAN CEMERLANGNYA..AMIN...

Tuesday, 9 October 2012

KENANGAN KITA BERSAMA ( K.ZUE, HUDA & WIDYA)

ASSALAMUALAIKUM... SEMUA

Entahlah kenapa hari ni rasa nak update blog ni tiba2.. Aku masuk sem ni (sem 7)  rasa macam kehilangan sesuatu terasa sunyi jer  diri ini tanpa kehadiran sesuatu yang selama ini selalu berada di samping diri ini... adakah aku merindui sesuatu?????????? dah 3 sem kebanyakkan kelas aku bersama k.zue n huda ( walaupun pada hakikatnya aku dah lama mengenali diorang dulu kitaorang berjiran tapi tak la rapat pun, sekadar senyum-senyum kau & aku jer heheheh , pppphhhaaakkkk.. ppphhhaaakkkkk.. pppphhhhaaaakkkkk tak boleh lupa bunyi kasut k.zue bila jalan melepasi bilik kitaorang).. .. rindu korang.. sumpah ieka rasa sunyi sangat sem ni, rasa macam hidup seorang diri jer dalam UUM ni, rasa UUM ni jangal sangat dengan ieka.. rasa macam budak sem satu yang baru melangkah masuk ke alam universiti.. tanpa teman di sisi, tanpa teman untuk ku berbicara bersama-sama, tanpa teman untuk ku meluahkan rasa takala aku keresahan.


  
( Dari kiri: uda, k.zue & aku)
( cantik tak gambar ni??? hehhehe cantikkan.. gambar ni masa kitaorang p keluar dinner kat restoran nelayan kat Kuala Kedah, uda belanja syokkkk.. ikan kerapu masak stim best. gambar ini aku rembat dlm fb jer..)


 Sekarang kita tukar colour plak... ala2 colour pink kan ( biarpun  pada hakikatnya bukan colour pink sangat ).. ( bila tengok benda-benda yang colour pink ni aku teringat kat k.zue... sebab k.zue kan suka pink).... hehehheheheee jangan marah ya k.zue ku sayang.... K.zue ni seorang yang kecik2 comel gitu, manja hehehhehe tapi k.zue ni baik taw. k.zue anak jadi S.Bernam, Selangor taw.. yang penting dia dah berpunya..<3.... LOVE U K.ZUE..... syg k.zue lebih2.. x sabar nak jumpa k.zue time k.zue mai serah report t kan.. 



k.zue yang sentiasa ku rindui selalu.....



 gambar kenangan aku & k.zue.... <3..<3..

Okay habis cerita pasal k.zue sekarang ni pasal uda... plakk... Rindu dengan telatah uda.. rindu nak suruh uda ajak paper kira-kira.. Udakan minat mate.. hehhe selalu ajar ieka bila ieka tak faham.. Uda ni anak jadi Jerantut, PahaNG TAW.. N uda pun dah berpunya.. ( jangan kacau marah Alil nanti taw.. hhhhaaaa x taw)...    
( inilah dia Nik Najwal Huda bt Nik Himdan)..

Uda sori ieka curi2 gambar uda dlm fb hehehheheee sebab gambar ni comel la uda... bulat gitu mata uda hehehhehhee.... like2.. ieka doakan nati semoga uda & alil cepat2 dipertemukan jodoh oleh Illahi.. cepat2 naik pelamin ya jangan lupa ajak ieka .......



( WIDYA ANGREINI )
  
Wah2 aku dah tahu mesti korang tertanya-tanyakan widya ni orang Malaysia ke???? Widya ni salah seorang International student kat uum ni... Widya asal Padang  Indonesia la... Widya mai belajar uum hanya 3 sem sahaja kat UUM sebab dia semamangnya seorang mahasiswi  dari universiti Padang.. lpas habis 3 semester kat UUM dia sambung balik belajar kat Universiti Padang.... yang paling bestnya, diorang akan dapat 2 Degree satu  dari UUM & satu lagi degree Universiti Padang.... ( saya pilih colour kuning ni sebab ni colour kegemaran Widya)... Rindu kamu wid.. WIdya dah konvo.. Tahniah wid.. satu saat nanti kita kan ketemu.. Insyaallah..




P/S: TEMAN SEJATI BUKAN TEMAN SEMASA KITA GEMBIRA SAHAJA TETAPI KETAHUILAH TEMAN SEJATI TEMAN YANG MENGHADAPI SAAT-SAAT SUKA DAN DUKA BERSAMA-SAMA... 

Selamat Malam Cinta

Matahari telah padamkan sinarnya,
memisahkan kita setelah bersama menjalani hari yang panjang,
kini bulan telah hadir bersama indahnya
gemerlapan bintang yang bertabur di langit gelap malam ini. 



Di sini di tempat yang sunyi ini aku sendiri,
kesepian tanpa ada kamu disampingku,
aku hanya bisa termenung di bawah sinar bulan dan bintang,
ketika mata ini mulai terpejam,

 
ku ingin titipkan salam rindu melalui bulan dan bintang di langit,
tak lupa ku ingin ucapkan selamat malam untukmu kekasih ku.
semoga nanti kits berjumpa di alam mimpi yang indah bersama bulan dan bintang,
Selamat Malam Cinta.aku tunggu kamu di mimpiku.

HATI YANG KERINDUAN

Dapatku rasai dinginnya dunia
Meresap ke dalam hati
Ingin melepas semua beban
Yang terpendam di dada

Kehidupan  bersendirian yang kujalani
Kesepian yang selama ini ku nikmati                            Kerinduan yang selama ini menjadi penemanku
Aku tidak mampu menghapuskan semuanya
Dan kini hanya menjadi kenangan

Aku akan tetap mengingatimu
Amarah,senyum, dan air matamu
Dan sekarang aku hanya mampu
Menatap mu dari kejauhan

Walaupun aku menatapi
Dari kejauhan
Aku dapat merasai kesempurnaan wajahmu
Wujudnya ketenangan dalam hatiku ini..

Monday, 8 October 2012

PUISI DARI "CINTA"

Assalamau’alaikum Rindu,

 

ini isterimu... yang berada jauh dari dirimu saat ini
menjaga apa yg kau amanatkan kepadaku
cinta, kasih sayang,serta jiwa dan raga ini
Sabar,menanti kedatanganmu

 

ini isterimu, yang selalu merindukanmu
merindukan semua yang pernah engkau ajarkan
keikhlasan, ketulusan,,dan kesabaran
sebagai kunci keberkahan dalam hidup ini

 

ini isterimu, yang selalu memeluk erat hati dan cintamu
yang sentiasa menunggumu dengan senyum
kasih keikhlasan…

 

Harapanku, ketika kau datang
Adalah cinta yang masih utuh untukku..
yang mungkin akan semakin bertambah
ketika aku menemuimu 

Sunday, 7 October 2012

Just for 5 Minutes

Entah la kenapa  malam ni tiba-tiba aku terasa nak update blog hehehhe... klo aku malas, malas bebenor kan.. berminggu-minggu x terupdate blog aku ni kan.. okay la malam ni aku ambil masa 5minit jer taw utk update .. malam ni aku nak kongsi gambar giler2 aku hehhehee sajer jer sebab x ada kerja Walaupun sebenarnya banyak kerja yang aku tak siapkan lagi ni... 


 Banyaknya kan blink2 hehehhe... aku guna webcam jer ni blink2 2 yang memang dh ada dlm webcam aku hehheheheheee


                         InsyaAllah suatu masa nanti.. Doakan kejayaan aku... saat ini akan hadir jua akan ku tunggu.... buktikan kejayaan aku kepada " mereka"  diluar sana aku bukannya selemah yang mereka katakan... Akan aku buktikan.. akan ku bahagiakan Ibu bapaku... doakan aku ya kawan2.... Semoga urusan aku semester akhir ni.. Perolehi kejayaan yang aku impikan..AMIN.. USAHA + TAWKAL = KEJAYAAN...... 

 Diriku ini hak Milik ALLAH S.W.T..... aku hanya manusia biasa... Dunia ini hanyalah jambatan menuju akhirat yang bakal kita tempuhi nanti... Dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata segala-galanya hanyalah sementara bukannya sesuatu yang kekal selama-lamanya... 

 

 "Berilah kasih sayang pada yang berhak.. nescaya akan mekar dan berkembang. Jangan diserah sekuntum mawar kepada si jahil yang tidak tahu makna keindahannya"


P/S: Kehidupan kita hanyalah sementara... hargailah kehidupan ini selagi kita diberi peluang untuk menikmatinya agar kelak tiada sesalan dalam hidup kita nanti.....