Cinta anugerah teragung yang dicipta kepada manusia oleh Illahi... Hargailah ia sebelum ia pergi meninggalkan kita .. Hargailah Cinta sebelum ia Pergi x Kembali lagi..
Monday, 22 October 2012
Monday, 15 October 2012
Friday, 12 October 2012
Tuesday, 9 October 2012
KENANGAN KITA BERSAMA ( K.ZUE, HUDA & WIDYA)
ASSALAMUALAIKUM... SEMUA
( inilah dia Nik Najwal Huda bt Nik Himdan)..
Entahlah kenapa hari ni rasa nak update blog ni tiba2.. Aku masuk sem ni (sem 7) rasa macam kehilangan sesuatu terasa sunyi jer diri ini tanpa kehadiran sesuatu yang selama ini selalu berada di samping diri ini... adakah aku merindui sesuatu?????????? dah 3 sem kebanyakkan kelas aku bersama k.zue n huda ( walaupun pada hakikatnya aku dah lama mengenali diorang dulu kitaorang berjiran tapi tak la rapat pun, sekadar senyum-senyum kau & aku jer heheheh , pppphhhaaakkkk.. ppphhhaaakkkkk.. pppphhhhaaaakkkkk tak boleh lupa bunyi kasut k.zue bila jalan melepasi bilik kitaorang).. .. rindu korang.. sumpah ieka rasa sunyi sangat sem ni, rasa macam hidup seorang diri jer dalam UUM ni, rasa UUM ni jangal sangat dengan ieka.. rasa macam budak sem satu yang baru melangkah masuk ke alam universiti.. tanpa teman di sisi, tanpa teman untuk ku berbicara bersama-sama, tanpa teman untuk ku meluahkan rasa takala aku keresahan.
( Dari kiri: uda, k.zue & aku)
( cantik tak gambar ni??? hehhehe cantikkan.. gambar ni masa kitaorang p keluar dinner kat restoran nelayan kat Kuala Kedah, uda belanja syokkkk.. ikan kerapu masak stim best. gambar ini aku rembat dlm fb jer..)
Sekarang kita tukar colour plak... ala2 colour pink kan ( biarpun pada hakikatnya bukan colour pink sangat ).. ( bila tengok benda-benda yang colour pink ni aku teringat kat k.zue... sebab k.zue kan suka pink).... hehehheheheee jangan marah ya k.zue ku sayang.... K.zue ni seorang yang kecik2 comel gitu, manja hehehhehe tapi k.zue ni baik taw. k.zue anak jadi S.Bernam, Selangor taw.. yang penting dia dah berpunya..<3.... LOVE U K.ZUE..... syg k.zue lebih2.. x sabar nak jumpa k.zue time k.zue mai serah report t kan..
k.zue yang sentiasa ku rindui selalu.....
gambar kenangan aku & k.zue.... <3..<3..
Okay habis cerita pasal k.zue sekarang ni pasal uda... plakk... Rindu dengan telatah uda.. rindu nak suruh uda ajak paper kira-kira.. Udakan minat mate.. hehhe selalu ajar ieka bila ieka tak faham.. Uda ni anak jadi Jerantut, PahaNG TAW.. N uda pun dah berpunya.. ( jangan kacau marah Alil nanti taw.. hhhhaaaa x taw)...
Uda sori ieka curi2 gambar uda dlm fb hehehheheee sebab gambar ni comel la uda... bulat gitu mata uda hehehhehhee.... like2.. ieka doakan nati semoga uda & alil cepat2 dipertemukan jodoh oleh Illahi.. cepat2 naik pelamin ya jangan lupa ajak ieka .......
( WIDYA ANGREINI )
Wah2 aku dah tahu mesti korang tertanya-tanyakan widya ni orang Malaysia ke???? Widya ni salah seorang International student kat uum ni... Widya asal Padang Indonesia la... Widya mai belajar uum hanya 3 sem sahaja kat UUM sebab dia semamangnya seorang mahasiswi dari universiti Padang.. lpas habis 3 semester kat UUM dia sambung balik belajar kat Universiti Padang.... yang paling bestnya, diorang akan dapat 2 Degree satu dari UUM & satu lagi degree Universiti Padang.... ( saya pilih colour kuning ni sebab ni colour kegemaran Widya)... Rindu kamu wid.. WIdya dah konvo.. Tahniah wid.. satu saat nanti kita kan ketemu.. Insyaallah..
P/S: TEMAN SEJATI BUKAN TEMAN SEMASA KITA GEMBIRA SAHAJA TETAPI KETAHUILAH TEMAN SEJATI TEMAN YANG MENGHADAPI SAAT-SAAT SUKA DAN DUKA BERSAMA-SAMA...
Selamat Malam Cinta
Matahari telah padamkan sinarnya,
memisahkan kita setelah bersama menjalani hari yang panjang,
kini bulan telah hadir bersama indahnya
gemerlapan bintang yang bertabur di langit gelap malam ini.
Di sini di tempat yang sunyi ini aku sendiri,
kesepian tanpa ada kamu disampingku,
aku hanya bisa termenung di bawah sinar bulan dan bintang,
ketika mata ini mulai terpejam,
ku ingin titipkan salam rindu melalui bulan dan bintang di langit,
tak lupa ku ingin ucapkan selamat malam untukmu kekasih ku.
semoga nanti kits berjumpa di alam mimpi yang indah bersama bulan dan bintang,
Selamat Malam Cinta.aku tunggu kamu di mimpiku.
kesepian tanpa ada kamu disampingku,
aku hanya bisa termenung di bawah sinar bulan dan bintang,
ketika mata ini mulai terpejam,
tak lupa ku ingin ucapkan selamat malam untukmu kekasih ku.
semoga nanti kits berjumpa di alam mimpi yang indah bersama bulan dan bintang,
Selamat Malam Cinta.aku tunggu kamu di mimpiku.
HATI YANG KERINDUAN
Dapatku rasai dinginnya dunia
Meresap ke dalam hati
Ingin melepas semua beban
Yang terpendam di dada
Kehidupan bersendirian yang kujalani
Kesepian yang selama ini ku nikmati Kerinduan yang selama ini menjadi penemanku
Aku tidak mampu menghapuskan semuanya
Dan kini hanya menjadi kenangan
Aku akan tetap mengingatimu
Amarah,senyum, dan air matamu
Dan sekarang aku hanya mampu
Menatap mu dari kejauhan
Walaupun aku menatapi
Dari kejauhan
Aku dapat merasai kesempurnaan wajahmu
Wujudnya ketenangan dalam hatiku ini..
Monday, 8 October 2012
PUISI DARI "CINTA"
Assalamau’alaikum Rindu,
ini isterimu... yang berada jauh dari dirimu saat ini
menjaga apa yg kau amanatkan kepadaku
cinta, kasih sayang,serta jiwa dan raga ini
Sabar,menanti kedatanganmu
ini isterimu, yang selalu merindukanmu
merindukan semua yang pernah engkau ajarkan
keikhlasan, ketulusan,,dan kesabaran
sebagai kunci keberkahan dalam hidup ini
ini isterimu, yang selalu memeluk erat hati dan cintamu
yang sentiasa menunggumu dengan senyum
kasih keikhlasan…
Harapanku, ketika kau datang
Adalah cinta yang masih utuh untukku..
yang mungkin akan semakin bertambah
ketika aku menemuimu
Sunday, 7 October 2012
Just for 5 Minutes
Entah la kenapa malam ni tiba-tiba aku terasa nak update blog hehehhe... klo aku malas, malas bebenor kan.. berminggu-minggu x terupdate blog aku ni kan.. okay la malam ni aku ambil masa 5minit jer taw utk update .. malam ni aku nak kongsi gambar giler2 aku hehhehee sajer jer sebab x ada kerja Walaupun sebenarnya banyak kerja yang aku tak siapkan lagi ni...
Banyaknya kan blink2 hehehhe... aku guna webcam jer ni blink2 2 yang memang dh ada dlm webcam aku hehheheheheee
InsyaAllah suatu masa nanti.. Doakan kejayaan aku... saat ini akan hadir jua akan ku tunggu.... buktikan kejayaan aku kepada " mereka" diluar sana aku bukannya selemah yang mereka katakan... Akan aku buktikan.. akan ku bahagiakan Ibu bapaku... doakan aku ya kawan2.... Semoga urusan aku semester akhir ni.. Perolehi kejayaan yang aku impikan..AMIN.. USAHA + TAWKAL = KEJAYAAN......
Diriku ini hak Milik ALLAH S.W.T..... aku hanya manusia biasa... Dunia ini hanyalah jambatan menuju akhirat yang bakal kita tempuhi nanti... Dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata segala-galanya hanyalah sementara bukannya sesuatu yang kekal selama-lamanya..."Berilah kasih sayang pada yang berhak.. nescaya akan mekar dan berkembang. Jangan diserah sekuntum mawar kepada si jahil yang tidak tahu makna keindahannya"
P/S: Kehidupan kita hanyalah sementara... hargailah kehidupan ini selagi kita diberi peluang untuk menikmatinya agar kelak tiada sesalan dalam hidup kita nanti.....
Wednesday, 3 October 2012
Demi Redhamu Ibu...
Najmah, sahabat sefikrahku yang bersama-sama memperjuangkan dakwah di bumi Malaysia ini menghulurkan borang permohonan melanjutkan pelajaran ke Jordan. Katanya, dia sengaja mencetak lebih untuk sesiapa yang mahukannya. Bersama borang yang telah dicetak itu, disertakan nombor telefon Ustaz Kamal, mursyidnya yang menguruskan pelajar-pelajar Malaysia ke Timur Tengah.
Waktu itu, aku masih belum berani memberitahu abi akan hasrat ini. Aku berusaha memenuhkan borang itu dengan bantuan rakan-rakan halaqah. Sehinggalah satu sahaja lagi urusan yang perlu diselesaikan, passport dan visa. Mahu mendapatkan passport dan visa perlukan duit dan duit adalah perkara utama yang tidak aku punyai.
Ya, duit! Duit menjadi alasan utama abi untuk tidak menghiraukan borang permohonan yang aku letakkan di atas mejanya. Sudah dua hari aku letakkannya di sudut kanan meja, tetapi sedikit pun tidak berusik. Ummi pula meminta aku lupakan hasrat itu dengan alasan aku tidak pernah berjauhan dengan keluarga.
"Ummi, dah lima tahun adik duduk sekolah berasrama, siapa kata adik tak boleh berdikari ?" rengekku di sisi ummi.
"Bukan ummi kata kamu tak boleh berdikari, tapi kamu tu memang tak boleh hidup sendiri pun. Tengoklah dulu, setiap bulan ibu lawat adik di asrama."
Aku tidak mengerti. Mengapa ummi tidak mahu melepaskan aku pergi. Andai kata aku tidak pandai berdikari, maka biarlah aku pergi membawa diri. Di sana nanti aku pasti dapat belajar berdikari. Lagi pula, aku yakin apabila kita lakukan sesuatu yang kita minat, kita pasti akan berusaha untuk tempuhinya. Aku yakin boleh!
Hari demi hari, sulaman keyakinan hanya tinggal di genggaman. Tiada lagi keyakinan di hati dek remuknya seketul daging itu. Ummi dan abi lansung tidak mengendahkan keinginanku. Malah, abi berkeras supaya aku menyambung pelajaran di negeri sendiri. Kalau nak berjauhan dengan keluarga lebih dari dua marhalah pun abi tak bagi, apatah lagi mahu ke luar negara.
Maka, aku akur dengan keputusan mereka. Kata orang, ibu bapa lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anaknya. Malah aku sendiri tahu, keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa.
Kini sudah setahun berlalu. Sekali lagi aku memasang niat untuk melanjutkan pelajaran ke timur tengah. Kali ini, aku teringin benar untuk ke Jordan kerana Athirah sudah pun menuntut di sana. Malah, dia juga mengalu-alukan kedatanganku.
Kali ini, aku memuat turun sendiri borang permohonan ke University Yarmouk itu. Aku cuba menggunakan stratergi yang sama sekali lagi dengan harapan ummi dan abi akan melepaskan aku pergi memandangkan usiaku jua sudah bertambah. Harapnya ummi dan abi tidak mempersoalkan kemampuanku untuk berdikari. Aku betul-betul berminat untuk melanjutkan pelajaran di sana.
Bukan kerana mahu lari dari rumah atau melancong di tempat orang tetapi aku rasakan bahawa di sana aku dapat mendekatkan diri dengan Allah. Aku mahu jadi lebih baik. Aku mahu timba ilmu agama sedalam-dalamnya di sana supaya kelak aku dapat berbakti untuk agamaku.
"Ummi seronok juga kalau kamu dapat sambung belajar di luar negara. Tengoklah mak cik Zaharah kamu tu. ..tersenyum lebar dia anak buat dentistry di Mesir"
"Ummi, adik dah siapkan semuanya dah. Ummi tolonglah adik ye kali ni." Aku cuba memujuk ummi.
"Sayang, ummi bukan tak nak tolong. Betul ke kamu sanggup nak berjauhan dengan keluarga? Kita bukan macam keluarga mak cik Zahara. Mereka memang orang berada. Bolehlah dia pergi lawat anak dia. Kalau anak ummi yang pergi, ummi tak mampu nak bagi duit untuk adik balik Malaysia. Ummi pun tak sanggup berjauhan dengan adik selama tu. Entah nanti adik makan entah kan tidak."
"Ummi, soal duit tak jadi masalah. Kan kita boleh dapatkan biasiswa atau buat pinjaman," rayuku pada Ummi.
*****
"Di sebalik kepayahan disitulah ada kekuatan,Tekad hati azimat di perjalanan
Tak kuragu untuk membuktikan indah bintang
Yang terang bukan khayalan tetapi kenyataan"
Bait lagu Mimpi yang indah alunan kumpulan nasyid Mestica itu mengasyikkan aku sambil membelek-belek Gen-Q di tanganku.
"Titit.. titit.. titit.. " Tiba-tiba bunyi gema sms dari handphone menghentikan lamunanku . Ada mesej diterima.
Sebaik sahaja skrin sentuh telefon pintarku ditolak ke atas, terpapar mesej daripada Wahida.
"Aisyah, awak jadi tak nak sambung Medic di Jordan?"
Aku terpaku seketika.
Tiba-tiba, butir-butir mutiara yang tadinya bergenang di kelopak mata mengalir laju. Entah mengapa persoalan itu bagaikan panah yang menusuk jantungku. Sudah dua bulan aku cuba melupakan bumi Timur Tengah itu. Namun, kehadiran mesej daripada Wahida mengingatkan kembali bagaimana hatiku remuk apabila ummi dan abi tidak bersetuju aku melanjutkan pelajaran ke Yarmouk. Satu-satunya Universiti impianku.
Sebenarnya bukan baru dua bulan, tetapi sudah lebih setahun aku cuba meyakinkan ummi dan abi, aku mampu hidup berdikari. Sejak sebelum tamat persekolahan lagi, aku dan sahabat baikku, Athirah telah merancang untuk melanjutkan pelajaran ke bumi Anbiya'. Kami telah bertemu dengan ustazah Masyitah untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan. Beliau merupakan graduan Syariah Islamiah lulusan university Yarmouk, Jordan. Jadi, sedikit sebanyak pengalaman beliau di sana telah dikongsikan kepada kami berdua.
Setelah tamatnya persekolahan, aku mengisi kekosongan waktu itu dengan aktiviti-aktiviti pengisian rohani dan dakwah. Pada waktu itu, beberapa orang sahabat yang sehalaqah denganku mengajak aku mengikuti mereka ke bumi Anbiya'. Hal ini buat aku lebih bersemangat untuk menuntut ilmu di sana.
Setiap tadah tangan doaku, aku bermohon agar diberi peluang melanjutkan pelajaran di sana. Setiap lenaku juga mula dihiasi mimpi-mimpi indah di Timur Tengah. Aku benar-benar ingin berada di sana. Melihat kebesaran Allah sambil menghayati sejarah islamiyah yang ditinggalkan umat terdahulu. Malah aku teringin benar bertalaqqi bersama sheikh-sheikh arab yang disegani di sana walaupun aku sedar, aku ini muslimah yang masih cetek ilmunya.
Teringat kata-kata ustazah, "orang-orang arab ni suka mendengar bacaan al Quran pelajar Malaysia." Aku tersenyum sendirian.
Sekali lagi telefon pintar itu berdering , mengembalikan aku ke dunia realiti.
"Aisyah?"
Hanya satu perkataan yang terpapar di skrin telefon. Itu bererti Wahida tertunggu-tunggu jawapan daripadaku.
"Ukhti, asif ana terlewat balas. Ana buntu." Aku membalas pesanan ringkas Aisyah
"Kenapa ni?"
"Tak ada apa-apa. Ana tak ke Jordon kot. Insyaallah ana sambung belajar di Malaysia saja. :)" Jawabku di akhiri dengan ikon smile. Sengaja tidak mahu Aisyah mengesyaki apa yang terbuku dihatiku.
"Kenapa pula? Bukan ke Aisyah beria-ia nak pergi sama?"
"Redha Allah terletak pada keredhaan ibu bapa. Ana redha kalau ini takdirnya."
"Enti berputus asa?" Soal Wahida ringkas.
"Tak lah. Putus asa tiada dalam kamus hidup ana. Mungkin ada taklifan lain yang Allah hendak berikan pada ana di sini. Kalau ummi boleh kata ummi tak sanggup berjauhan lima tahun dengan ana, bagaimana ana sebagai anak tergamak berkeras untuk meninggalkan ummi? Semalam, ana ada ditawarkan mengikuti kursus persediaan ke timur tengah tapi ana dah pun delete mesej tu. Ana sudah tekadkan hati ni." Jawabku tenang
"Its ok. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. The most important thing is the subject. Kalau enti minat, kena campak kat mana pun, enti boleh buat. Good Luck!"
"Syukran ukhti."
Mesej itu berakhir di situ. Aku bingkas bangun dari katil dan mengangkat gen-Q yang terjatuh ke lantai sebelum aku terima mesej Wahida tadi. Terlupa aku mengambilnya sebaik saja majalah itu terlepas dari tangan.
Sedari awal tadi, hatiku betul-betul terusik membaca satu kolum yang berkisarkan kisah seorang syabab di timur tengah. Kemudian bagaikan diketuk pula dengan pertanyaan Wahida itu. Allahu Akbar.
"Bersabarlah wahai hati. Telah aku redha Allah sebagai tuhanku, Islam agamaku dan Muhammad s.a.w itu rasulku. Maka, cukuplah Allah bagiku sebagai penolong."
- Artikel iluvislam.com
Biodata Penulis
Rozawani bt Mohd ZakuanTelah mendapat pendidikan dan tarbiyyah di SMKA Sultan Azlan Shah, Bota. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Perak dan sedang menunggu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Telah mula memasuki bidang penulisan sejak tamat persekolahan dan berhasrat dapat menjadikan tinta penulisan sebagai medium dakwah. Bercita-cita untuk menjadi seorang novelis dan murabbi kepada generasi seterusnya.Sumber: http://www.iluvislam.com/karya/cerpen/4982-demi-redhamu-ibu.html
Cantiknya Seorang Wanita
Wanita dan kecantikan sangat sinonim. Dua-dua ini tidak akan terpisah dan tidak boleh dipisahkan. Kecantikan adalah aset dan lambang kewanitaan.
Wanita yang berasa dirinya tidak cantik akan berasa sedih dan merendah diri. Mereka mudah malu dan hilang keyakinan berhadapan dengan orang ramai. Mereka seakan berasa persepsi orang terhadap mereka buruk-buruk belaka.
Berbeza dengan wanita yang cantik. Langkah mereka penuh dengan gaya dan bertenaga. Senyuman mereka tidak putus-putus menghiasi waja. Sungguh berkeyakinan. Mereka sentiasa yakin bahawa orang ramai suka melihat diri mereka.
Pada sisi saya, sebagai seorang lelaki. Berbohong jika saya cakap tidak tertarik dan suka kepada wanita yang cantik. Kerana itu memang lumrah seorang lelaki. Dan itu juga satu sebab kenapa wanita sering menonjolkan kecantikannya.
Tapi ingat satu perkara...
"Wanita yang
tidak cantik luar tetapi cantik dalam masih lagi dapat dilihat
kecantikannya. Berbanding wanita yang cantik luar tapi buruk dalam,
mereka hodoh sebenarnya!"
Kecantikan itu aset dan keagungan wanita. Ketahuilah bahawa kecantikan seorang wanita bukan terletak pada wajahnya tetapi kelembutan jiwanya!
Saya tertarik satu rangkap daripada lirik lagu
"Sedarilah insan istimewa,
Bahawa kelembutan bukan kelemahan,
Bukan jua penghinaan dari Tuhan,
Bahkan sebagai hiasan kecantikan"
Apabila kecantikan pun perlukan perhiasan, maka kecantikan itu belumlah sempurna. Maka kita tahu kecantikan itu tidaklah cantik tanpa kelembutan jiwa dan tingkah lakunya. Rasulullah SAW juga pernah mengingatkan kita, bahawa paras rupa juga bukanlah suatu nilaian yang hakiki. Fizikal bukanlah fokus pandangan Ilahi tetapi ianya terletak di dasar hati seorang hamba.
Daripada Abu Hurairah Abd ar-Rahman bin Sakhr RA katanya: "Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu."
(Hadis Riwayat Muslim)
Fikirkan(Hadis Riwayat Muslim)
Cantikkah seorang gadis remaja yang sering melepak dan berpeleseran di luar sana?
Cantikkah seorang isteri yang sering derhaka dan melawan cakap suami?
Cantikkah seorang ibu yang sering menengking dan mendera anaknya?
Cantikkah seorang wanita yang gemar mengeluarkan kata-kata keji dan kesat?
Cantikkah wanita yang berpakaian dan berperangai seperti lelaki?
Tidak walaupun sesekali.
Wanita yang hilang sifat kelembutan jiwanya akan menenggelamkan kecantikan luarannya.
Bahkan seorang wanita yang lembut jiwa, malu apabila dirinya kelihatan cantik kerana lembut jiwa ia hanya menumpu kasih pada bakal sang suami. Bukan lelaki ajnabi. Mereka tidak rela 'cantik' mereka dinodai oleh mata-mata asing. Hatta lelaki yang bersifat 'kaki perempuan' juga lebih memilih seorang wanita yang bijak dalam tindakannya, indah tutur bicaranya dan mulia perilakunya.
Jangan cemburu apabila diri mu tidak cantik duhai wanita kerana cantikmu bukan di situ. Tetapi di dalam hati. Lelaki yang baik akan menilai hatimu yang cantik bukan rupamu.
"Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu meluluh,
Pandangan hati itu yang hakiki,
Jika hati itu bersih..."
Hiraukan kata-kata cemuhan dan sindiran. Kerana mereka buta mata hati. Percayalah hanya jodohmu akan bijak menilai dirimu. Justeru, tidak perlu bersusah payah bersolek sebelum nikah, tetapi bersusah payahlah untuk membina 'cantik' serinya yang bermula dari hati.
Sesungguhnya hati yang bersih akan mencerminkan keindahan peribadi, dengan cerminan itulah dirimu lebih cantik daripada wanita yang hanya cantik dipandang semata-mata namun 'kurang cantik' dalam menghiasi diri dengan kemuliaan akhlak.
Senyumlah, dan jadilah wanita yang cantik pada pandangan Allah.
- Artikel iluvislam.com
Sumber: http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/4984-cantiknya-seorang-wanita.html
" TAK SABAR NAK BALIK KAMPUNG"
Assalamualaikum......
Dah lama dah x update apa2 x dalam blog ni... x sabar nak balik beraya haji kat kampung dengan ini saya mengisytiharkan cuti bagi uum ialah 25.10-----> 3.11.... jom pakat balik ramai2 biarkan hutan Sintok ni kesunyian... hhehehehhe rindu nak ketemu my family... rindu kat anak2 kucing saya huuuuuu...... bukan apa x update ,cuma x ada kesempatan sangat la nak berupdate2 ni hehhehe... Sekarang ni aku bakal menyibukkan diriku dengan assgment yang akan aku buat nanti... sem ni memang nampak mcm aku santai sedikitkan namun aku stay takut la untuk sem ni walaupun aku hanya bawa 4 paper jer utk sem ni... hemmm tapi 2 paper sbjek kira2 aku memang bab kira2 ni x suka sikit... x taw la kenapakan betul ke sedikit jer aku x suka x taw la..... heeemmmmm..... tapi aku memang sangat2 suka baca membaca2 & menghafal senang jer masuk dlm kepala otak aku ni.... aku suka study tentang sejarah ( biar pun pada hakikatnya sejarah aku x pernah dapat A, tapi aku suka Sejarah bagi aku la sejarah 2 senang la hehehhe kalo senang kenapa la x blh dapat A kan)..
Tapi sem ni aku paling suka masuk kelas statistik gunaan.... walaupun sbjek ni sbjek kira2 tapi entah kenapa la aku suka masuk klas ni kan...... adalah biarlah rahsia nak tahu jugak?????? sebab ltcre yang mengajar stat gun aku sem ni ok apa yang dia ajar mudah la nak faham & ltcre 2 pun sgt2 baik n hencem ( alamak apa yang aku megarut plak ni kan tapi bila pandang muka ltcer 2 sejuk jer mata memandang hahahhahahaaa x bermakna aku suka dia ok, aku just suka tengok muka dia jer la..).... alamak esok aku ada kuiz stat gun la... nak jawab apa ya???? tetiba jer malam ni mcm x ada mood.... roomate x ada malam ni p majlis perasmian pesta konvo , aku malas la nk p hemmmmmm... borink hehehhe... InsyaAllah sem depan aku akan konvo..... Tadi dapat berita yang menyedih kan dr my mum sekor lagi anak kucing aku mati.... Kaizen... sebelum ni Kiko yang mati x silap aku seminggu lepas.. sekarang ni mak kata Mara yang x sihat balik... harap2 lpas ni dia akan kembali sihat..Amin.. Ya Allah berilah kesihatan kepada anak2 kucing ku yang berada di rumah, aku rindu hendak membelai mereka....
okay la setakat ni sini la dulu malam ni sebab aku rasa sebak sangat dada aku sekarang...... esok klas awal pkul 9.30 pagi ......
Subscribe to:
Posts (Atom)