Cinta anugerah teragung yang dicipta kepada manusia oleh Illahi... Hargailah ia sebelum ia pergi meninggalkan kita .. Hargailah Cinta sebelum ia Pergi x Kembali lagi..

Saturday, 15 September 2012

PRAKTIKUM OOOO PRAKTIKUM

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua....

Mesti ramai yang tengah fikir kan apa benda la yang aku merapu kan hehhehehhe just x ada apa2 la aku just nak bertaw aku dah ada tempat praktikal untuk bulan Februari nanti Insyaallah aku akan berpraktikum selama 4 bulan kat pejabat SATU ( SYARIKAT AIR TERENGGANU SDN.BHD ) Alamak lupa nak bertaw apa itu praktikum kan praktikum ni  masa di mana kita didedahkan dengan alam pekerjaan yang sebenarnya kita belajar bagaimana nak bekerja dalam sesebuah organisasi tersebut..... Masa cuti sem baru ini ada aku pergi memohon untuk penempatan praktikum asalnya aku nak minta kat pejabat Risda tetapi susah la sikit prosedur-prosedur dia amat merumitkan sedikit la kena berurusan dengan ibu pejabat Risda kat Kuala Lumpur, tapi menurut akak yang jawab call aku 2 belum tentu lagi aku akan dapat tempat yang aku mahu kan 2 sebab ikut ibu pejabat dia la nak letak aku kat mana kat Terengganu ke, Kelantan ke dll... pada aku menunggu sesuatu yang belum pasti aku dapat hasilnya lebih baik aku car tempat yang memang pasti aku dapat hasilnya kan... 

Elaun aku memang tak ada yang penting bagi aku sekarang adalah hanyalah untuk mendapatkan tempat praktikum sahaja 2 yang penting  & tempat 2 dekat dengan rumah.. ( sebenarnya yang ini yang paling utama, sebab dah 3 tahun dah aku menetap kat kedah ini. Inilah masanya aku kembali ke tanah air aku Negeri Terengganu Darul Iman)...   
Aku harap t segala-galanya berjalan dengan lancarnya..Amin... 












































Thursday, 13 September 2012

3 Hak Seorang Anak


Hak', hanya tiga huruf namun memberi makna yang sangat besar.

Jika salah percaturan, kita akan disoal di akhirat kelak berkaitan soal hak ini.

Hak ini bukan sahaja diharuskan malahan wajib dilaksanakan oleh setiap ibu bapa.

Mungkin ramai yang sudah tahu, tapi apa salahnya kalau kita ambil tahu sekali lagi.

Saya percaya kita semua bakal menjadi ibu dan bapa suatu hari nanti.

Jadi sedikit sebanyak kita kenalah tahu berkenaan hak anak.

Saya mohon untuk tidak persoalkan apa yang telah ibu dan bapa kita lakukan (mungkin tidak menepati apa yang kita mahu, jika kita ada alternatif lain untuk menjadi lebih baik, ikutlah yang baik itu) jadi kita praktikkan kepada bakal anak-anak kita. insyaallah..

Sabda Rasulullah saw :
" Di antara tanggungjawab ibu bapa terhadap anaknya ada tiga iaitu pertama memberikan nama yang baik , kedua, mengajarkan tulisan (ilmu dan adab ) dan ketiga mengahwinkan apabila telah baligh".

01. Berikan nama yang baik kepada anak-anak. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh seorang pengkaji Jepun (Dr. Masaru Emoto) telah melakukan ujikaji terhadap molekul-molekul air.

Apabila didekatkan kalimah-kalimah yang baik kepada molekul-molekul air tersebut maka molekul-molekul yang terhasil adalah sangat cantik manakala apabila didekatkan molekul-molekul air dengan kata-kata yang tidak elok atau kata-kata kesat maka molekul-molekul air tadi berubah menjadi sangat buruk dan hodoh.

Ini menunjukkan bahawa tindak balas molekul air terhadap kalimah-kalimah yang baik adalah positif dan sebaliknya.

Badan kita kita juga terdiri daripada 70% air (darah).

Secara logiknya apabila kita memberi nama yang baik kepada anak-anak diambah pula dengan asuhan yang yang mengikut acuan Islam maka insyaAllah, anak-anak yang didik akan menjadi pejuang di jalan ALLAH.

02. Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk mengajarkan ilmu dan adab kepada anak-anak. Ilmu, maksudnya di sini ibu bapa memberi pendidikan kepada anak-anak (fardu ain dan fardu kifayah).

Sekarang ni pun, kerajaan telah menetapkan supaya setiap anak yang berusia 7 tahun di hantar ke sekolah rendah.

Bagi ibu bapa yang ingkar boleh dikenakan hukuman penjara atau denda sehingga RM 5000 (Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Omar pada ketika itu tahun 2006).

Bukan sikit denda yang dikenakan, nilainya boleh buat bayaran permulaan untuk membeli kereta.

Adab pula merujuk kepada perbuatan yang baik berhubung dengan percakapan, perbuatan mahupun amalan.

Adab juga boleh diertikan sebagai akhlak mulia atau baik. Akhlak yang baik adalah bukti kukuh keluarga yang mulia.

Sabda Rasullullah
"Sesungguhnya seseorang kamu yang mengajar adab kepada anaknya adalah lebih baik baginya daripada beliau bersedekah setengah gantang setiap hari."

03. Mengahwinkan anak apabila telah baligh. Bila ibu bapa mendapat si anak sudah cukup syarat untuk bergelar isteri atau suami maka si ibu dan bapa bolehlah mengahwinkan anak mereka dengan pasangan yang sekufu yang dinilai dari 4 perkara iaitu agamanya, keturunannya, rupanya dan hartanya.

Baru-baru ni dalam perbualan telefon dengan seorang sahabat. Biasalah di kala usia sudah melangkah ke alam awal dewasa persoalan nikah kahwin ini tidak lari dari topik perbualan.

Kata beliau, 4 perkara yang menjadi penetuan pemilihan jodoh adalah rupa, harta, keturunan dan agama.

Dalam zaman serba canggih dan dunia tanpa sempadan hari ini.

Rupa, yang kurang cantik boleh menjadi cantik. Yang kurang handsome boleh menjadi handsome kerana begitu banyak produk kecantikan yang dijual di pasaran.Harta, harta boleh dicari dengan kepesatan teknologi dan ilmu. Banyak perniagaan yang boleh diceburi jika mahu apatah lagi kini banyak peluang-peluang perniagaan yang muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Tambahan pula 9/10 pintu rezeki adalah daripada berniaga.Keturunan, keturunan atau nasab yang ada pada hari ini sudah banyak yang bercampur-baur. Yang berketurunan Syed mahupun Sharifah juga sudah banyak yang berkahwin dengan orang biasa, yang kerabat diraja juga dah banyak yang berkahwin dengan rakyat jelata.Agama, jadi yang tinggal hanyalah AGAMA yang menjadi kayu ukur dalam pemilihan pasangan.


Oleh itu, ibu dan bapa wajib mengahwinkan anak mereka dengan pasangan yang tepat.

Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya:
"Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya."

Rasulullah saw bersabda lagi:
"Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi."

Hadis ini lebih merujuk kepada anak gadis, namun kepada si lelaki janganlah kamu menjadi lelaki yang fasik itu.

Namun kita sebagai seorang anak pasti ini yang kita mahukan.

Wahai ayah dan ibuku,
Berikan daku makanan daripada sumber yang halal.
Sihatkan dan suburkan tubuhku dengan beridah bersama
Hindari daku daripada segala bahaya terutama azab neraka
Awasi kecenderunganku agar selari dengan syariat
Pastikan ilmu fardhu ain daku sempurna

Dorongilah daku agar memiliki akhlak yang terpuji
Nasihatilah daku dalam menjauhi sifat yang keji
Tanamkan rasa bertuhan dan kehambaan di dalam hatiku
Suburkan kecintaanku kepada AllahDidiklah daku dengan sunnah Rasullullah

Bimbinglah daku dengan ajaran Islam yang lengkap dan sempurna
Latih dan Jadikan daku Pejuang Kebenaran
Ingatkan daku peranan sebagai khalifah Allah SWT di dunia
Doakan daku semoga menjadi anak yang soleh dan solehah.
Doakan semoga kita akhirnya berjumpa lagi di Syurga Allah.
Semoga memberi manfaat...sekian massalamah


 sumber:
http://www.islamitusuci.com/2012/06/3-hak-seorang-anak.html

Putihku Sayang..




Coretan di dalam gambar ini khas untuk putih .. ketahuilah banyak lagi kata2 yang x mampu ku luahkan untuk mu putihku sayang.... semalam ada aku post gambar ni kat wall Dunia Kucing .. ramai yang memberi kata-kata pendorong kepada ku... setakat ini sehingga aku tengah menaip sekarang dah ada 402 like post aku kat wall dunia kucing... Putih  kaulah penghiburkan dikala kesunyianku.. bak kata my mummy " seperti tak percaya putih dah x ada"... Aku sampai sekarang seakan-akan terdengar suara manja putih... Sekarang ini kiko kat rumah sedang x beberapa sihat harap2 dia cepat la sempuh... sejak ketiadaan putih ini, kiko memang x beberapa sihat makan pun sedikit sahaja..

Tuesday, 11 September 2012

Serius aku rindu saat2 kat rumah huhuhuuuuu... rindu segala-galanya... rindu nak balik rumah .. rindu kat mummy aku .. rindu kat papa aku.. rindu kat anak-anak kucing aku....Malau, kaizen, Mara, Clara & Kiko... rindu nak bagi diaorang makan, rindu nak tengok gelagat diaorang, rindu nak belai diaorang, rindu nak sapu kan tahi mata diaorang ( biasa la anak2 kucing yang kehilangan ibunya x ada ibu yang mahu bersihkan mata diaorang jadi aku la mama diaorang kena bersihkan mata diorang)..  aku rindu jugak kat rafiqi syahmi & Syakir... rindu nak gaduh dengan Syahmi... rindu nak peluk, dukung, cium syakir..


     ( syakir & syahmi walaupun kami x seiras tetapi kami adik beradik) 

Aku hanya sekeping ni sahajalah gambar syahmi & syakir..... Rindu nak tengok telatah syakir yang baru pandai berjalan ... ( sebenarnya syakir ini bukannya dia berjalan tetapi berlari aku la orang yang bimbang bila tengok syakir bangun ) 





                   ( ni la gambar anak2 kucing kesayang aku.. aku paling sayang malau
                                                         dari kiri mara, kaizen, clara, kiko n malau)






 okay la sampai di sinilah coretan kehidupanku kali ini ... nanti bila aku rindu kat rumah aku post lagi...


Saturday, 8 September 2012

SINTOKKU SAYANG

Aku dah selama sampai kat bumi Sintok ni bagi tadi... malam tadi dr Terengganu aku bertolak pukul 8 malam ke kedah.. bus aku hanya berhenti kat perhentian bus shahab perdana jer sebab kali ni aku ambil tikat bus luar... masuk uum naik kereta sewa.. mahal giler pak cik 2 caj tambang sebuah kereta RM 55.. nasib baik la kami bertiga ( Zack, aku n kak ummie )... aku n zack bayar RM 15 jer... yang selebihnya kak ummie belanja tq ya kak ummie.... sampai jer kat sintok ni badan aku terus jer rasa x sihat rasa nak demam.. pening + letih kemas baranf + selsema... lepas ambil kunci kat office terus naik bilik kemas2 apa yang patut... lpas siap kemas2 aku tido sekejap hehehee.. letih sebab malam td x blh tido sgt dlm bus ... driver bus bawa laju giler tadi sampainya lambat jugak.. lpas asar td aku n lieza pergi la beli cikit apa2 yang patut .. tapi rasanya semua yang aku beli tadi kebayakannya stok makanan... aku bw rice cooker sem ni... utk masa2 n klo blh utk jimatkan perbelanjaan... Insyaallah esok ingat nak strt masak dah... esok aku nak masak sardin hehehhee.. tadi aku ada beli 2 tin sardin kecil... nak beli telur x blh lagi... aku cari minyak masak td x kat mall x jumpa... Hari selasa nanti nak keluar aku beli la minyak masak.... huhuhuhu... beras ada la aku bawa sikit kebas dari rumah semalam.... ok la sampai disini badan aku letih sgt ni nak masuk tido awal malam ni ingatnya....