Cinta anugerah teragung yang dicipta kepada manusia oleh Illahi... Hargailah ia sebelum ia pergi meninggalkan kita .. Hargailah Cinta sebelum ia Pergi x Kembali lagi..

Friday, 28 December 2012

SALAM KERINDUAN, EXAM DATANG LAGI

HAAAAAAAA???? ENTRY KALI INI PASAL KERINDUAN.... WAH2 HOT X????? X ADALAH SAYA RINDU NAK NAK BALIK RUMAH... X SABAR NAK BALIK RUMAH WALAUPUN BRU 2MINGGU LEPAS DAH BALIK RUMAH TAPI HATI NI SENTIASA RINDU KAT RUMAH LA... ADA SESIAPA TAW X APA UBATNYA UNTUK ORG YG ADA MASALAH KERINDUAN NI????  UBATNYA BALIK RUMAH... HEHEHHEHHEE T SAYA AKAN JALANI PRAKTIKAL KAT PEJABAT SATU BERHAD DI KUALA BERANG, DI NEGERI KU YANG TERCHINTA TERENGGANU DARUL IMAN...... SEM NI SEM LAST AKU KAT UUM KESAYANGAN AKU NI... SEMOGA AKU DAPAT JAWAP EXAM DENGAN TENANGNYA..AMIN.. SEMOGA SEMUA PAPER LULUS DENGAN CEMERLANGNYA..AMIN...

Tuesday, 9 October 2012

KENANGAN KITA BERSAMA ( K.ZUE, HUDA & WIDYA)

ASSALAMUALAIKUM... SEMUA

Entahlah kenapa hari ni rasa nak update blog ni tiba2.. Aku masuk sem ni (sem 7)  rasa macam kehilangan sesuatu terasa sunyi jer  diri ini tanpa kehadiran sesuatu yang selama ini selalu berada di samping diri ini... adakah aku merindui sesuatu?????????? dah 3 sem kebanyakkan kelas aku bersama k.zue n huda ( walaupun pada hakikatnya aku dah lama mengenali diorang dulu kitaorang berjiran tapi tak la rapat pun, sekadar senyum-senyum kau & aku jer heheheh , pppphhhaaakkkk.. ppphhhaaakkkkk.. pppphhhhaaaakkkkk tak boleh lupa bunyi kasut k.zue bila jalan melepasi bilik kitaorang).. .. rindu korang.. sumpah ieka rasa sunyi sangat sem ni, rasa macam hidup seorang diri jer dalam UUM ni, rasa UUM ni jangal sangat dengan ieka.. rasa macam budak sem satu yang baru melangkah masuk ke alam universiti.. tanpa teman di sisi, tanpa teman untuk ku berbicara bersama-sama, tanpa teman untuk ku meluahkan rasa takala aku keresahan.


  
( Dari kiri: uda, k.zue & aku)
( cantik tak gambar ni??? hehhehe cantikkan.. gambar ni masa kitaorang p keluar dinner kat restoran nelayan kat Kuala Kedah, uda belanja syokkkk.. ikan kerapu masak stim best. gambar ini aku rembat dlm fb jer..)


 Sekarang kita tukar colour plak... ala2 colour pink kan ( biarpun  pada hakikatnya bukan colour pink sangat ).. ( bila tengok benda-benda yang colour pink ni aku teringat kat k.zue... sebab k.zue kan suka pink).... hehehheheheee jangan marah ya k.zue ku sayang.... K.zue ni seorang yang kecik2 comel gitu, manja hehehhehe tapi k.zue ni baik taw. k.zue anak jadi S.Bernam, Selangor taw.. yang penting dia dah berpunya..<3.... LOVE U K.ZUE..... syg k.zue lebih2.. x sabar nak jumpa k.zue time k.zue mai serah report t kan.. 



k.zue yang sentiasa ku rindui selalu.....



 gambar kenangan aku & k.zue.... <3..<3..

Okay habis cerita pasal k.zue sekarang ni pasal uda... plakk... Rindu dengan telatah uda.. rindu nak suruh uda ajak paper kira-kira.. Udakan minat mate.. hehhe selalu ajar ieka bila ieka tak faham.. Uda ni anak jadi Jerantut, PahaNG TAW.. N uda pun dah berpunya.. ( jangan kacau marah Alil nanti taw.. hhhhaaaa x taw)...    
( inilah dia Nik Najwal Huda bt Nik Himdan)..

Uda sori ieka curi2 gambar uda dlm fb hehehheheee sebab gambar ni comel la uda... bulat gitu mata uda hehehhehhee.... like2.. ieka doakan nati semoga uda & alil cepat2 dipertemukan jodoh oleh Illahi.. cepat2 naik pelamin ya jangan lupa ajak ieka .......



( WIDYA ANGREINI )
  
Wah2 aku dah tahu mesti korang tertanya-tanyakan widya ni orang Malaysia ke???? Widya ni salah seorang International student kat uum ni... Widya asal Padang  Indonesia la... Widya mai belajar uum hanya 3 sem sahaja kat UUM sebab dia semamangnya seorang mahasiswi  dari universiti Padang.. lpas habis 3 semester kat UUM dia sambung balik belajar kat Universiti Padang.... yang paling bestnya, diorang akan dapat 2 Degree satu  dari UUM & satu lagi degree Universiti Padang.... ( saya pilih colour kuning ni sebab ni colour kegemaran Widya)... Rindu kamu wid.. WIdya dah konvo.. Tahniah wid.. satu saat nanti kita kan ketemu.. Insyaallah..




P/S: TEMAN SEJATI BUKAN TEMAN SEMASA KITA GEMBIRA SAHAJA TETAPI KETAHUILAH TEMAN SEJATI TEMAN YANG MENGHADAPI SAAT-SAAT SUKA DAN DUKA BERSAMA-SAMA... 

Selamat Malam Cinta

Matahari telah padamkan sinarnya,
memisahkan kita setelah bersama menjalani hari yang panjang,
kini bulan telah hadir bersama indahnya
gemerlapan bintang yang bertabur di langit gelap malam ini. 



Di sini di tempat yang sunyi ini aku sendiri,
kesepian tanpa ada kamu disampingku,
aku hanya bisa termenung di bawah sinar bulan dan bintang,
ketika mata ini mulai terpejam,

 
ku ingin titipkan salam rindu melalui bulan dan bintang di langit,
tak lupa ku ingin ucapkan selamat malam untukmu kekasih ku.
semoga nanti kits berjumpa di alam mimpi yang indah bersama bulan dan bintang,
Selamat Malam Cinta.aku tunggu kamu di mimpiku.

HATI YANG KERINDUAN

Dapatku rasai dinginnya dunia
Meresap ke dalam hati
Ingin melepas semua beban
Yang terpendam di dada

Kehidupan  bersendirian yang kujalani
Kesepian yang selama ini ku nikmati                            Kerinduan yang selama ini menjadi penemanku
Aku tidak mampu menghapuskan semuanya
Dan kini hanya menjadi kenangan

Aku akan tetap mengingatimu
Amarah,senyum, dan air matamu
Dan sekarang aku hanya mampu
Menatap mu dari kejauhan

Walaupun aku menatapi
Dari kejauhan
Aku dapat merasai kesempurnaan wajahmu
Wujudnya ketenangan dalam hatiku ini..

Monday, 8 October 2012

PUISI DARI "CINTA"

Assalamau’alaikum Rindu,

 

ini isterimu... yang berada jauh dari dirimu saat ini
menjaga apa yg kau amanatkan kepadaku
cinta, kasih sayang,serta jiwa dan raga ini
Sabar,menanti kedatanganmu

 

ini isterimu, yang selalu merindukanmu
merindukan semua yang pernah engkau ajarkan
keikhlasan, ketulusan,,dan kesabaran
sebagai kunci keberkahan dalam hidup ini

 

ini isterimu, yang selalu memeluk erat hati dan cintamu
yang sentiasa menunggumu dengan senyum
kasih keikhlasan…

 

Harapanku, ketika kau datang
Adalah cinta yang masih utuh untukku..
yang mungkin akan semakin bertambah
ketika aku menemuimu 

Sunday, 7 October 2012

Just for 5 Minutes

Entah la kenapa  malam ni tiba-tiba aku terasa nak update blog hehehhe... klo aku malas, malas bebenor kan.. berminggu-minggu x terupdate blog aku ni kan.. okay la malam ni aku ambil masa 5minit jer taw utk update .. malam ni aku nak kongsi gambar giler2 aku hehhehee sajer jer sebab x ada kerja Walaupun sebenarnya banyak kerja yang aku tak siapkan lagi ni... 


 Banyaknya kan blink2 hehehhe... aku guna webcam jer ni blink2 2 yang memang dh ada dlm webcam aku hehheheheheee


                         InsyaAllah suatu masa nanti.. Doakan kejayaan aku... saat ini akan hadir jua akan ku tunggu.... buktikan kejayaan aku kepada " mereka"  diluar sana aku bukannya selemah yang mereka katakan... Akan aku buktikan.. akan ku bahagiakan Ibu bapaku... doakan aku ya kawan2.... Semoga urusan aku semester akhir ni.. Perolehi kejayaan yang aku impikan..AMIN.. USAHA + TAWKAL = KEJAYAAN...... 

 Diriku ini hak Milik ALLAH S.W.T..... aku hanya manusia biasa... Dunia ini hanyalah jambatan menuju akhirat yang bakal kita tempuhi nanti... Dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata segala-galanya hanyalah sementara bukannya sesuatu yang kekal selama-lamanya... 

 

 "Berilah kasih sayang pada yang berhak.. nescaya akan mekar dan berkembang. Jangan diserah sekuntum mawar kepada si jahil yang tidak tahu makna keindahannya"


P/S: Kehidupan kita hanyalah sementara... hargailah kehidupan ini selagi kita diberi peluang untuk menikmatinya agar kelak tiada sesalan dalam hidup kita nanti.....

 

Wednesday, 3 October 2012

ANAK2 KU SAYANG




Sajak Ibu.. 2 Minit Yg mencucurkan air mata.. WAJIB TENGOK

LAGU ROHANI (playlist)

LAGU ROHANI (playlist)

Doa Ketika Bersedih.wmv

SUARA MERDU YANG BOLEH MENGALIR AIR MATA

Demi Redhamu Ibu...


Najmah, sahabat sefikrahku yang bersama-sama memperjuangkan dakwah di bumi Malaysia ini menghulurkan borang permohonan melanjutkan pelajaran ke Jordan. Katanya, dia sengaja mencetak lebih untuk sesiapa yang mahukannya. Bersama borang yang telah dicetak itu, disertakan nombor telefon Ustaz Kamal, mursyidnya yang menguruskan pelajar-pelajar Malaysia ke Timur Tengah.

Waktu itu, aku masih belum berani memberitahu abi akan hasrat ini. Aku berusaha memenuhkan borang itu dengan bantuan rakan-rakan halaqah. Sehinggalah satu sahaja lagi urusan yang perlu diselesaikan, passport dan visa. Mahu mendapatkan passport dan visa perlukan duit dan duit adalah perkara utama yang tidak aku punyai.
Ya, duit! Duit menjadi alasan utama abi untuk tidak menghiraukan borang permohonan yang aku letakkan di atas mejanya. Sudah dua hari aku letakkannya di sudut kanan meja, tetapi sedikit pun tidak berusik. Ummi pula meminta aku lupakan hasrat itu dengan alasan aku tidak pernah berjauhan dengan keluarga.
"Ummi, dah lima tahun adik duduk sekolah berasrama, siapa kata adik tak boleh berdikari ?" rengekku di sisi ummi.
"Bukan ummi kata kamu tak boleh berdikari, tapi kamu tu memang tak boleh hidup sendiri pun. Tengoklah dulu, setiap bulan ibu lawat adik di asrama."
Aku tidak mengerti. Mengapa ummi tidak mahu melepaskan aku pergi. Andai kata aku tidak pandai berdikari, maka biarlah aku pergi membawa diri. Di sana nanti aku pasti dapat belajar berdikari. Lagi pula, aku yakin apabila kita lakukan sesuatu yang kita minat, kita pasti akan berusaha untuk tempuhinya. Aku yakin boleh!
Hari demi hari, sulaman keyakinan hanya tinggal di genggaman. Tiada lagi keyakinan di hati dek remuknya seketul daging itu. Ummi dan abi lansung tidak mengendahkan keinginanku. Malah, abi berkeras supaya aku menyambung pelajaran di negeri sendiri. Kalau nak berjauhan dengan keluarga lebih dari dua marhalah pun abi tak bagi, apatah lagi mahu ke luar negara.
Maka, aku akur dengan keputusan mereka. Kata orang, ibu bapa lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anaknya. Malah aku sendiri tahu, keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa.
Kini sudah setahun berlalu. Sekali lagi aku memasang niat untuk melanjutkan pelajaran ke timur tengah. Kali ini, aku teringin benar untuk ke Jordan kerana Athirah sudah pun menuntut di sana. Malah, dia juga mengalu-alukan kedatanganku.
Kali ini, aku memuat turun sendiri borang permohonan ke University Yarmouk itu. Aku cuba menggunakan stratergi yang sama sekali lagi dengan harapan ummi dan abi akan melepaskan aku pergi memandangkan usiaku jua sudah bertambah. Harapnya ummi dan abi tidak mempersoalkan kemampuanku untuk berdikari. Aku betul-betul berminat untuk melanjutkan pelajaran di sana.
Bukan kerana mahu lari dari rumah atau melancong di tempat orang tetapi aku rasakan bahawa di sana aku dapat mendekatkan diri dengan Allah. Aku mahu jadi lebih baik. Aku mahu timba ilmu agama sedalam-dalamnya di sana supaya kelak aku dapat berbakti untuk agamaku.
"Ummi seronok juga kalau kamu dapat sambung belajar di luar negara. Tengoklah mak cik Zaharah kamu tu. ..tersenyum lebar dia anak buat dentistry di Mesir"
"Ummi, adik dah siapkan semuanya dah. Ummi tolonglah adik ye kali ni." Aku cuba memujuk ummi.
"Sayang, ummi bukan tak nak tolong. Betul ke kamu sanggup nak berjauhan dengan keluarga? Kita bukan macam keluarga mak cik Zahara. Mereka memang orang berada. Bolehlah dia pergi lawat anak dia. Kalau anak ummi yang pergi, ummi tak mampu nak bagi duit untuk adik balik Malaysia. Ummi pun tak sanggup berjauhan dengan adik selama tu. Entah nanti adik makan entah kan tidak."
"Ummi, soal duit tak jadi masalah. Kan kita boleh dapatkan biasiswa atau buat pinjaman," rayuku pada Ummi.
*****
"Di sebalik kepayahan disitulah ada kekuatan,
Tekad hati azimat di perjalanan
Tak kuragu untuk membuktikan indah bintang
Yang terang bukan khayalan tetapi kenyataan"
Bait lagu Mimpi yang indah alunan kumpulan nasyid Mestica itu mengasyikkan aku sambil membelek-belek Gen-Q di tanganku.
"Titit.. titit.. titit.. " Tiba-tiba bunyi gema sms dari handphone menghentikan lamunanku . Ada mesej diterima.
Sebaik sahaja skrin sentuh telefon pintarku ditolak ke atas, terpapar mesej daripada Wahida.
"Aisyah, awak jadi tak nak sambung Medic di Jordan?"
Aku terpaku seketika.
Tiba-tiba, butir-butir mutiara yang tadinya bergenang di kelopak mata mengalir laju. Entah mengapa persoalan itu bagaikan panah yang menusuk jantungku. Sudah dua bulan aku cuba melupakan bumi Timur Tengah itu. Namun, kehadiran mesej daripada Wahida mengingatkan kembali bagaimana hatiku remuk apabila ummi dan abi tidak bersetuju aku melanjutkan pelajaran ke Yarmouk. Satu-satunya Universiti impianku.
Sebenarnya bukan baru dua bulan, tetapi sudah lebih setahun aku cuba meyakinkan ummi dan abi, aku mampu hidup berdikari. Sejak sebelum tamat persekolahan lagi, aku dan sahabat baikku, Athirah telah merancang untuk melanjutkan pelajaran ke bumi Anbiya'. Kami telah bertemu dengan ustazah Masyitah untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan. Beliau merupakan graduan Syariah Islamiah lulusan university Yarmouk, Jordan. Jadi, sedikit sebanyak pengalaman beliau di sana telah dikongsikan kepada kami berdua.
Setelah tamatnya persekolahan, aku mengisi kekosongan waktu itu dengan aktiviti-aktiviti pengisian rohani dan dakwah. Pada waktu itu, beberapa orang sahabat yang sehalaqah denganku mengajak aku mengikuti mereka ke bumi Anbiya'. Hal ini buat aku lebih bersemangat untuk menuntut ilmu di sana.
Setiap tadah tangan doaku, aku bermohon agar diberi peluang melanjutkan pelajaran di sana. Setiap lenaku juga mula dihiasi mimpi-mimpi indah di Timur Tengah. Aku benar-benar ingin berada di sana. Melihat kebesaran Allah sambil menghayati sejarah islamiyah yang ditinggalkan umat terdahulu. Malah aku teringin benar bertalaqqi bersama sheikh-sheikh arab yang disegani di sana walaupun aku sedar, aku ini muslimah yang masih cetek ilmunya.
Teringat kata-kata ustazah, "orang-orang arab ni suka mendengar bacaan al Quran pelajar Malaysia." Aku tersenyum sendirian.
Sekali lagi telefon pintar itu berdering , mengembalikan aku ke dunia realiti.
"Aisyah?"
Hanya satu perkataan yang terpapar di skrin telefon. Itu bererti Wahida tertunggu-tunggu jawapan daripadaku.
"Ukhti, asif ana terlewat balas. Ana buntu." Aku membalas pesanan ringkas Aisyah
"Kenapa ni?"
"Tak ada apa-apa. Ana tak ke Jordon kot. Insyaallah ana sambung belajar di Malaysia saja. :)" Jawabku di akhiri dengan ikon smile. Sengaja tidak mahu Aisyah mengesyaki apa yang terbuku dihatiku. 
"Kenapa pula? Bukan ke Aisyah beria-ia nak pergi sama?"
"Redha Allah terletak pada keredhaan ibu bapa. Ana redha kalau ini takdirnya."
"Enti berputus asa?" Soal Wahida ringkas.
"Tak lah. Putus asa tiada dalam kamus hidup ana. Mungkin ada taklifan lain yang Allah hendak berikan pada ana di sini. Kalau ummi boleh kata ummi tak sanggup berjauhan lima tahun dengan ana, bagaimana ana sebagai anak tergamak berkeras untuk meninggalkan ummi? Semalam, ana ada ditawarkan mengikuti kursus persediaan ke timur tengah tapi ana dah pun delete mesej tu. Ana sudah tekadkan hati ni." Jawabku tenang
"Its ok. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. The most important thing is the subject. Kalau enti minat, kena campak kat mana pun, enti boleh buat. Good Luck!"
"Syukran ukhti."

Mesej itu berakhir di situ. Aku bingkas bangun dari katil dan mengangkat gen-Q yang terjatuh ke lantai sebelum aku terima mesej Wahida tadi. Terlupa aku mengambilnya sebaik saja majalah itu terlepas dari tangan.
Sedari awal tadi, hatiku betul-betul terusik membaca satu kolum yang berkisarkan kisah seorang syabab di timur tengah. Kemudian bagaikan diketuk pula dengan pertanyaan Wahida itu. Allahu Akbar.
"Bersabarlah wahai hati. Telah aku redha Allah sebagai tuhanku, Islam agamaku dan Muhammad s.a.w itu rasulku. Maka, cukuplah Allah bagiku sebagai penolong."

- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Rozawani bt Mohd ZakuanTelah mendapat pendidikan dan tarbiyyah di SMKA Sultan Azlan Shah, Bota. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Perak dan sedang menunggu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Telah mula memasuki bidang penulisan sejak tamat persekolahan dan berhasrat dapat menjadikan tinta penulisan sebagai medium dakwah. Bercita-cita untuk menjadi seorang novelis dan murabbi kepada generasi seterusnya.



Sumber:  http://www.iluvislam.com/karya/cerpen/4982-demi-redhamu-ibu.html

Cantiknya Seorang Wanita



Wanita dan kecantikan sangat sinonim. Dua-dua ini tidak akan terpisah dan tidak boleh dipisahkan. Kecantikan adalah aset dan lambang kewanitaan.
Wanita yang berasa dirinya tidak cantik akan berasa sedih dan merendah diri. Mereka mudah malu dan hilang keyakinan berhadapan dengan orang ramai. Mereka seakan berasa persepsi orang terhadap mereka buruk-buruk belaka.
Berbeza dengan wanita yang cantik. Langkah mereka penuh dengan gaya dan bertenaga. Senyuman mereka tidak putus-putus menghiasi waja. Sungguh berkeyakinan. Mereka sentiasa yakin bahawa orang ramai suka melihat diri mereka.
Pada sisi saya, sebagai seorang lelaki. Berbohong jika saya cakap tidak tertarik dan suka kepada wanita yang cantik. Kerana itu memang lumrah seorang lelaki. Dan itu juga satu sebab kenapa wanita sering menonjolkan kecantikannya.
Tapi ingat satu perkara...


"Wanita yang tidak cantik luar tetapi cantik dalam masih lagi dapat dilihat kecantikannya. Berbanding wanita yang cantik luar tapi buruk dalam, mereka hodoh sebenarnya!"


Kecantikan dan Wanita
Kecantikan itu aset dan keagungan wanita. Ketahuilah bahawa kecantikan seorang wanita bukan terletak pada wajahnya tetapi kelembutan jiwanya!
Saya tertarik satu rangkap daripada lirik lagu
"Sedarilah insan istimewa,
Bahawa kelembutan bukan kelemahan,
Bukan jua penghinaan dari Tuhan,
Bahkan sebagai hiasan kecantikan"
Apabila kecantikan pun perlukan perhiasan, maka kecantikan itu belumlah sempurna. Maka kita tahu kecantikan itu tidaklah cantik tanpa kelembutan jiwa dan tingkah lakunya. Rasulullah SAW juga pernah mengingatkan kita, bahawa paras rupa juga bukanlah suatu nilaian yang hakiki. Fizikal bukanlah fokus pandangan Ilahi tetapi ianya terletak di dasar hati seorang hamba.
Daripada  Abu Hurairah Abd ar-Rahman bin Sakhr RA katanya: "Rasulullah SAW bersabda:



"Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu."
(Hadis Riwayat Muslim)
Fikirkan
Cantikkah seorang gadis remaja yang sering melepak dan berpeleseran di luar sana?
Cantikkah seorang isteri yang sering derhaka dan melawan cakap suami?
Cantikkah seorang ibu yang sering menengking dan mendera anaknya?
Cantikkah seorang wanita yang gemar mengeluarkan kata-kata keji dan kesat?
Cantikkah wanita yang berpakaian dan berperangai seperti lelaki?
Tidak walaupun sesekali.
Wanita yang hilang sifat kelembutan jiwanya akan menenggelamkan kecantikan luarannya.
Bahkan seorang wanita yang lembut jiwa, malu apabila dirinya kelihatan cantik kerana lembut jiwa ia hanya menumpu kasih pada bakal sang suami. Bukan lelaki ajnabi. Mereka tidak rela 'cantik' mereka dinodai oleh mata-mata asing. Hatta lelaki yang bersifat 'kaki perempuan' juga lebih memilih seorang wanita yang bijak dalam tindakannya, indah tutur bicaranya dan mulia perilakunya.
Jangan cemburu apabila diri mu tidak cantik duhai wanita kerana cantikmu bukan di situ. Tetapi di dalam hati. Lelaki yang baik akan menilai hatimu yang cantik bukan rupamu.
"Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu meluluh,
Pandangan hati itu yang hakiki,
Jika hati itu bersih..."
Hiraukan kata-kata cemuhan dan sindiran. Kerana mereka buta mata hati. Percayalah hanya jodohmu akan bijak menilai dirimu. Justeru, tidak perlu bersusah payah bersolek sebelum nikah, tetapi bersusah payahlah untuk membina 'cantik' serinya yang bermula dari hati.
Sesungguhnya hati yang bersih akan mencerminkan keindahan peribadi, dengan cerminan itulah dirimu lebih cantik daripada wanita yang hanya cantik dipandang semata-mata namun 'kurang cantik' dalam menghiasi diri dengan kemuliaan akhlak.
Senyumlah, dan jadilah wanita yang cantik pada pandangan Allah.
- Artikel iluvislam.com







Sumber:    http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/4984-cantiknya-seorang-wanita.html

" TAK SABAR NAK BALIK KAMPUNG"

Assalamualaikum......


Dah lama dah x update apa2 x dalam blog ni...  x sabar nak balik beraya haji kat kampung dengan ini saya mengisytiharkan cuti bagi uum ialah 25.10-----> 3.11.... jom pakat balik ramai2 biarkan hutan Sintok ni kesunyian... hhehehehhe rindu nak ketemu my family... rindu kat anak2 kucing saya huuuuuu...... bukan apa x update ,cuma x ada kesempatan sangat la nak berupdate2 ni hehhehe... Sekarang ni aku bakal menyibukkan diriku dengan assgment yang akan aku buat nanti... sem ni memang nampak mcm aku santai sedikitkan namun aku stay takut la untuk sem ni walaupun aku hanya bawa 4 paper jer utk sem ni... hemmm tapi 2 paper sbjek kira2 aku memang bab kira2 ni x suka sikit... x taw la kenapakan betul ke sedikit jer aku x suka x taw la..... heeemmmmm..... tapi aku memang sangat2 suka baca membaca2 & menghafal senang jer masuk dlm kepala otak aku ni.... aku suka study tentang sejarah ( biar pun pada hakikatnya sejarah aku x pernah dapat A, tapi aku suka Sejarah bagi aku la sejarah 2 senang la hehehhe kalo senang kenapa la x blh dapat A kan)..   

 Tapi sem ni aku paling suka masuk kelas statistik gunaan.... walaupun sbjek ni sbjek kira2 tapi entah kenapa la aku suka masuk klas ni kan...... adalah biarlah rahsia nak tahu jugak?????? sebab ltcre yang mengajar stat gun aku sem ni ok apa yang dia ajar mudah la nak faham & ltcre 2 pun sgt2 baik n hencem ( alamak apa yang aku megarut plak ni kan tapi bila pandang muka ltcer 2 sejuk jer mata memandang hahahhahahaaa   x bermakna aku suka dia ok, aku just suka tengok muka dia jer la..).... alamak esok aku ada kuiz stat gun la... nak jawab apa ya???? tetiba jer malam ni mcm x ada mood.... roomate x ada malam ni p majlis perasmian pesta konvo , aku malas la nk p hemmmmmm... borink hehehhe... InsyaAllah sem depan aku akan konvo.....  Tadi dapat berita yang menyedih kan dr my mum sekor lagi anak kucing aku mati.... Kaizen... sebelum ni Kiko yang mati x silap aku seminggu lepas.. sekarang ni mak kata Mara yang x sihat balik... harap2 lpas ni dia akan kembali sihat..Amin.. Ya Allah berilah kesihatan kepada anak2 kucing ku yang berada di rumah, aku rindu hendak membelai mereka.... 

okay la setakat ni sini la dulu malam ni sebab aku rasa sebak sangat dada aku sekarang...... esok klas awal pkul 9.30 pagi ......

Saturday, 15 September 2012

PRAKTIKUM OOOO PRAKTIKUM

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua....

Mesti ramai yang tengah fikir kan apa benda la yang aku merapu kan hehhehehhe just x ada apa2 la aku just nak bertaw aku dah ada tempat praktikal untuk bulan Februari nanti Insyaallah aku akan berpraktikum selama 4 bulan kat pejabat SATU ( SYARIKAT AIR TERENGGANU SDN.BHD ) Alamak lupa nak bertaw apa itu praktikum kan praktikum ni  masa di mana kita didedahkan dengan alam pekerjaan yang sebenarnya kita belajar bagaimana nak bekerja dalam sesebuah organisasi tersebut..... Masa cuti sem baru ini ada aku pergi memohon untuk penempatan praktikum asalnya aku nak minta kat pejabat Risda tetapi susah la sikit prosedur-prosedur dia amat merumitkan sedikit la kena berurusan dengan ibu pejabat Risda kat Kuala Lumpur, tapi menurut akak yang jawab call aku 2 belum tentu lagi aku akan dapat tempat yang aku mahu kan 2 sebab ikut ibu pejabat dia la nak letak aku kat mana kat Terengganu ke, Kelantan ke dll... pada aku menunggu sesuatu yang belum pasti aku dapat hasilnya lebih baik aku car tempat yang memang pasti aku dapat hasilnya kan... 

Elaun aku memang tak ada yang penting bagi aku sekarang adalah hanyalah untuk mendapatkan tempat praktikum sahaja 2 yang penting  & tempat 2 dekat dengan rumah.. ( sebenarnya yang ini yang paling utama, sebab dah 3 tahun dah aku menetap kat kedah ini. Inilah masanya aku kembali ke tanah air aku Negeri Terengganu Darul Iman)...   
Aku harap t segala-galanya berjalan dengan lancarnya..Amin... 












































Thursday, 13 September 2012

3 Hak Seorang Anak


Hak', hanya tiga huruf namun memberi makna yang sangat besar.

Jika salah percaturan, kita akan disoal di akhirat kelak berkaitan soal hak ini.

Hak ini bukan sahaja diharuskan malahan wajib dilaksanakan oleh setiap ibu bapa.

Mungkin ramai yang sudah tahu, tapi apa salahnya kalau kita ambil tahu sekali lagi.

Saya percaya kita semua bakal menjadi ibu dan bapa suatu hari nanti.

Jadi sedikit sebanyak kita kenalah tahu berkenaan hak anak.

Saya mohon untuk tidak persoalkan apa yang telah ibu dan bapa kita lakukan (mungkin tidak menepati apa yang kita mahu, jika kita ada alternatif lain untuk menjadi lebih baik, ikutlah yang baik itu) jadi kita praktikkan kepada bakal anak-anak kita. insyaallah..

Sabda Rasulullah saw :
" Di antara tanggungjawab ibu bapa terhadap anaknya ada tiga iaitu pertama memberikan nama yang baik , kedua, mengajarkan tulisan (ilmu dan adab ) dan ketiga mengahwinkan apabila telah baligh".

01. Berikan nama yang baik kepada anak-anak. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh seorang pengkaji Jepun (Dr. Masaru Emoto) telah melakukan ujikaji terhadap molekul-molekul air.

Apabila didekatkan kalimah-kalimah yang baik kepada molekul-molekul air tersebut maka molekul-molekul yang terhasil adalah sangat cantik manakala apabila didekatkan molekul-molekul air dengan kata-kata yang tidak elok atau kata-kata kesat maka molekul-molekul air tadi berubah menjadi sangat buruk dan hodoh.

Ini menunjukkan bahawa tindak balas molekul air terhadap kalimah-kalimah yang baik adalah positif dan sebaliknya.

Badan kita kita juga terdiri daripada 70% air (darah).

Secara logiknya apabila kita memberi nama yang baik kepada anak-anak diambah pula dengan asuhan yang yang mengikut acuan Islam maka insyaAllah, anak-anak yang didik akan menjadi pejuang di jalan ALLAH.

02. Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk mengajarkan ilmu dan adab kepada anak-anak. Ilmu, maksudnya di sini ibu bapa memberi pendidikan kepada anak-anak (fardu ain dan fardu kifayah).

Sekarang ni pun, kerajaan telah menetapkan supaya setiap anak yang berusia 7 tahun di hantar ke sekolah rendah.

Bagi ibu bapa yang ingkar boleh dikenakan hukuman penjara atau denda sehingga RM 5000 (Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Omar pada ketika itu tahun 2006).

Bukan sikit denda yang dikenakan, nilainya boleh buat bayaran permulaan untuk membeli kereta.

Adab pula merujuk kepada perbuatan yang baik berhubung dengan percakapan, perbuatan mahupun amalan.

Adab juga boleh diertikan sebagai akhlak mulia atau baik. Akhlak yang baik adalah bukti kukuh keluarga yang mulia.

Sabda Rasullullah
"Sesungguhnya seseorang kamu yang mengajar adab kepada anaknya adalah lebih baik baginya daripada beliau bersedekah setengah gantang setiap hari."

03. Mengahwinkan anak apabila telah baligh. Bila ibu bapa mendapat si anak sudah cukup syarat untuk bergelar isteri atau suami maka si ibu dan bapa bolehlah mengahwinkan anak mereka dengan pasangan yang sekufu yang dinilai dari 4 perkara iaitu agamanya, keturunannya, rupanya dan hartanya.

Baru-baru ni dalam perbualan telefon dengan seorang sahabat. Biasalah di kala usia sudah melangkah ke alam awal dewasa persoalan nikah kahwin ini tidak lari dari topik perbualan.

Kata beliau, 4 perkara yang menjadi penetuan pemilihan jodoh adalah rupa, harta, keturunan dan agama.

Dalam zaman serba canggih dan dunia tanpa sempadan hari ini.

Rupa, yang kurang cantik boleh menjadi cantik. Yang kurang handsome boleh menjadi handsome kerana begitu banyak produk kecantikan yang dijual di pasaran.Harta, harta boleh dicari dengan kepesatan teknologi dan ilmu. Banyak perniagaan yang boleh diceburi jika mahu apatah lagi kini banyak peluang-peluang perniagaan yang muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Tambahan pula 9/10 pintu rezeki adalah daripada berniaga.Keturunan, keturunan atau nasab yang ada pada hari ini sudah banyak yang bercampur-baur. Yang berketurunan Syed mahupun Sharifah juga sudah banyak yang berkahwin dengan orang biasa, yang kerabat diraja juga dah banyak yang berkahwin dengan rakyat jelata.Agama, jadi yang tinggal hanyalah AGAMA yang menjadi kayu ukur dalam pemilihan pasangan.


Oleh itu, ibu dan bapa wajib mengahwinkan anak mereka dengan pasangan yang tepat.

Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya:
"Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya."

Rasulullah saw bersabda lagi:
"Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi."

Hadis ini lebih merujuk kepada anak gadis, namun kepada si lelaki janganlah kamu menjadi lelaki yang fasik itu.

Namun kita sebagai seorang anak pasti ini yang kita mahukan.

Wahai ayah dan ibuku,
Berikan daku makanan daripada sumber yang halal.
Sihatkan dan suburkan tubuhku dengan beridah bersama
Hindari daku daripada segala bahaya terutama azab neraka
Awasi kecenderunganku agar selari dengan syariat
Pastikan ilmu fardhu ain daku sempurna

Dorongilah daku agar memiliki akhlak yang terpuji
Nasihatilah daku dalam menjauhi sifat yang keji
Tanamkan rasa bertuhan dan kehambaan di dalam hatiku
Suburkan kecintaanku kepada AllahDidiklah daku dengan sunnah Rasullullah

Bimbinglah daku dengan ajaran Islam yang lengkap dan sempurna
Latih dan Jadikan daku Pejuang Kebenaran
Ingatkan daku peranan sebagai khalifah Allah SWT di dunia
Doakan daku semoga menjadi anak yang soleh dan solehah.
Doakan semoga kita akhirnya berjumpa lagi di Syurga Allah.
Semoga memberi manfaat...sekian massalamah


 sumber:
http://www.islamitusuci.com/2012/06/3-hak-seorang-anak.html

Putihku Sayang..




Coretan di dalam gambar ini khas untuk putih .. ketahuilah banyak lagi kata2 yang x mampu ku luahkan untuk mu putihku sayang.... semalam ada aku post gambar ni kat wall Dunia Kucing .. ramai yang memberi kata-kata pendorong kepada ku... setakat ini sehingga aku tengah menaip sekarang dah ada 402 like post aku kat wall dunia kucing... Putih  kaulah penghiburkan dikala kesunyianku.. bak kata my mummy " seperti tak percaya putih dah x ada"... Aku sampai sekarang seakan-akan terdengar suara manja putih... Sekarang ini kiko kat rumah sedang x beberapa sihat harap2 dia cepat la sempuh... sejak ketiadaan putih ini, kiko memang x beberapa sihat makan pun sedikit sahaja..

Tuesday, 11 September 2012

Serius aku rindu saat2 kat rumah huhuhuuuuu... rindu segala-galanya... rindu nak balik rumah .. rindu kat mummy aku .. rindu kat papa aku.. rindu kat anak-anak kucing aku....Malau, kaizen, Mara, Clara & Kiko... rindu nak bagi diaorang makan, rindu nak tengok gelagat diaorang, rindu nak belai diaorang, rindu nak sapu kan tahi mata diaorang ( biasa la anak2 kucing yang kehilangan ibunya x ada ibu yang mahu bersihkan mata diaorang jadi aku la mama diaorang kena bersihkan mata diorang)..  aku rindu jugak kat rafiqi syahmi & Syakir... rindu nak gaduh dengan Syahmi... rindu nak peluk, dukung, cium syakir..


     ( syakir & syahmi walaupun kami x seiras tetapi kami adik beradik) 

Aku hanya sekeping ni sahajalah gambar syahmi & syakir..... Rindu nak tengok telatah syakir yang baru pandai berjalan ... ( sebenarnya syakir ini bukannya dia berjalan tetapi berlari aku la orang yang bimbang bila tengok syakir bangun ) 





                   ( ni la gambar anak2 kucing kesayang aku.. aku paling sayang malau
                                                         dari kiri mara, kaizen, clara, kiko n malau)






 okay la sampai di sinilah coretan kehidupanku kali ini ... nanti bila aku rindu kat rumah aku post lagi...


Saturday, 8 September 2012

SINTOKKU SAYANG

Aku dah selama sampai kat bumi Sintok ni bagi tadi... malam tadi dr Terengganu aku bertolak pukul 8 malam ke kedah.. bus aku hanya berhenti kat perhentian bus shahab perdana jer sebab kali ni aku ambil tikat bus luar... masuk uum naik kereta sewa.. mahal giler pak cik 2 caj tambang sebuah kereta RM 55.. nasib baik la kami bertiga ( Zack, aku n kak ummie )... aku n zack bayar RM 15 jer... yang selebihnya kak ummie belanja tq ya kak ummie.... sampai jer kat sintok ni badan aku terus jer rasa x sihat rasa nak demam.. pening + letih kemas baranf + selsema... lepas ambil kunci kat office terus naik bilik kemas2 apa yang patut... lpas siap kemas2 aku tido sekejap hehehee.. letih sebab malam td x blh tido sgt dlm bus ... driver bus bawa laju giler tadi sampainya lambat jugak.. lpas asar td aku n lieza pergi la beli cikit apa2 yang patut .. tapi rasanya semua yang aku beli tadi kebayakannya stok makanan... aku bw rice cooker sem ni... utk masa2 n klo blh utk jimatkan perbelanjaan... Insyaallah esok ingat nak strt masak dah... esok aku nak masak sardin hehehhee.. tadi aku ada beli 2 tin sardin kecil... nak beli telur x blh lagi... aku cari minyak masak td x kat mall x jumpa... Hari selasa nanti nak keluar aku beli la minyak masak.... huhuhuhu... beras ada la aku bawa sikit kebas dari rumah semalam.... ok la sampai disini badan aku letih sgt ni nak masuk tido awal malam ni ingatnya....

Sunday, 19 August 2012

jangan memberi harapan

Sekiranya x mampu utk menunaikan janji jgn memberi harapan kepada "Si dia"..... Lepas ini jgn kau memberi harapan utk aku... untuk selama-lamanya..... Hatiku dah tertutup untuk kau ..... kpd mana2 lelaki diluar sana jgn memberi harapan sekiranya harapan anda itu hanyalah satu permainan.... satu penipuan.. berdosa sekiranya hanya ingin mempermainkan perasaan "Si dia"

Saturday, 18 August 2012

$elamat Hari Raya Maaf Zahir n Batin

ASSALAMUALIKUM...


Pejam celik pejam celik tanpa kita sedari bulan Ramadhan dan meniggalkan kita untuk tahun ini.... bulan syawal membuka kembali pintunya untuk kita meraikan Syawal yang menjelma ini... Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir n batin ....



Thursday, 9 August 2012

selamat berpuasa dan selamat menyambut syawal yang bakal tiba x lama lagi

Dah lama x update blog ni... bukan apa sekg sibuk cikit maklum lah bulan2 pose ni ... t x lama lagi nak raya plak.. tahun ni mcm tahun lpas jugak 1 bulan saya dapat berpose kat rumah hehehehe.. ( mesti ada org yang jeles 2 kan sebab saya dpt pose kat rumah sebulan) tapi rindu nak buka pose bersama kawan2 semua... kenangan terindah buka pose bersama2 kat hostel...<3..<3.. sebenarnya saya belum buat apa2 lagi pun bersiapan nak sambut raya.. kuih2 x buat hehehhehe selalunya kuih2 tunjuk2 jer la.. well nanti la beli.. bajet esok or lusa nak pergi bandar nak pergi beli persiapan rayer hehehehhehee... well baju raya pun x siap lagi ada kat rumah tukang jahit lagi.. nak tahu baju raya colour apa???? jawapannya baju raya saya colour HIJAU la hehhehehee.... t kita beli tudung colour hijau jugak la... i <3 GREEN... x boleh lama2 nak mengadap laptop ni byk kerja hujung minggu ni... akhir kata SELAMAT MENJALANI INADAT PUASA KPD SEMUA N SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI YANG BAKAL MENJELMA NANTI....

Tuesday, 12 June 2012

EXAM2 BUAT AKU STRESS

SIAPA X STRESS DENGAN EXAM MARI BERTAW AKU NAK MINTAK TOLONG AMBIL 2 PAPER LAGI.. YANG TERPAKSA AKU TEMPUHI NI...<3..(><)    
DAH LAMA AKU X POST APA2 KAT BLOG AKU NI BUKANNYA APA HUHUHU TENTU KORANG DAH TAW KAN ( TENGOK JER TAJUK DAH TAW KAN) SEM NI KAT UUM NI X ADA STDY WEEK.. UTK SEM2 DEPAN JUGA X ADA STDY WEEK... ENTAH LA KENA X ADA STDY WEEK PADAHALNYA STDY WEEK 2 BAGI PANDANGAN AKU SEBAGAI STUDENT PENTING.... ADA JUGA MASA YANG MENGCUKUPI UNTUK STDY CIKIT KAN.. TIME2 BUAT NOTA2 RINGKAS BAGI MEMANTAPKAN LAGI PEMAHAMAN KITA...  I <3 STUDY WEEK...TAPI SESETANGAH  SUTDENT YANG BERANGGAPAN STDY WEEK 2 X PENTING BAGI DIAORG STDY WEEK 2 MASA YANG ELOK NK RELAK2X N BALIK KAMPUNG LA... ( LAMA NI KLO ADA STDY WEEK AKU MEMANG X SUKA BALIK RUMAH, KAT RUMAH BUKANNYA AKU STDY SNGT PON.. MAKAN, TIDO, MAKAN, TIDO JER LA )  KAT UUM SEM NI STRAT EXAM 1.6 ---> 30.6.. 1 BULAN 2 LAMA GLER..  BOLEH DIKATAKAN AKU YANG PEMBUKA DEWAN EXAM   SEM NI SEBAB FIRST PAPER AKU 1.6 NAK TAHU PAPER APA?? ( PAPER BPMS 2033 HAHHAHA ETIKA ISLAM DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL --> NI PAPER MINOR MUAMALAT AKU LA)  AKU SUKA JAWAB PAPER NI HEHEHHE SEBAB AKU SUKA SBJEK NI HEHEHE.. LTCER MENGAJAR PUN BEST LTCER AKU UTK PAPER NI PROF. MADYA DR. ABDULLAH BIN HAJI ABDUL GHANI.. ( USTAZ LAH). ---> NAK KENAL USTAZ ABDULLAH JOM P BILIK DIA ARAS BAWAH BANGUNAN COB ( AKU DAH LUPA DAH BILIK DIA YG AKU INGT BILIK DIA BERHADAPAN DGN BILIK USTAZ BASHIR ( LA X KAN AKU NAK BERTAW SIAPA USTAZ BASHIR NI??? NAK KENA BERTAW JUGAK KE?? OK LA AKU BERTAW SALAH SEORANG LTCER MUAMALAT KAT UUM NI LA HEHEHHE, TENTU DAH ADA YANG KENAL USTAZ BASHIR NI KAN .. USTAZ BASHIR NI SELALU MASUK TV BAGI CERAMAH DLM FORUM PERDANA KAT TV1 .. )... EXAM AKU SEM NI PERMULAANNYA MEMANG PADAT LA CIKIT... X TAW MCM MANA.. HARAP SEMUANYA OK SEM NI... AMIN..<3...<3.. NI JADUAL EXAM AKU SEM NI



1.6 BPMS 2033 ( ETIKA ISLAM DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL
5.6 SQQS 1023  MATEMATIK UNTUK PENGURUSAN 
       BWFF 2023 FINANCIAL MANAGEMENT II            ( ADA DUA PAPER HARI NI) 

7.6 BPMN 3143 KAEDAH PENYELIDIKAN
 12.6 BPMN 3123 MANAGEMENT ETHICS
16.6 SBLE 2093 BUSNESS & PROFESIONL COMMCTN.. 
26.6 BJMP 2033 OPERATION MANAGEMENT ( POM)


NAMPAK MCM SENANG2 JER KAN PAPER AKU NI NAMUN PADA HAKIKATNYA SEMUANYA DALAM BI WEH KECUALI ETIKA ISLAM ... THAT WHY AKU <3 ETIKA ISLAM DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL HEHEHHEEEE...


KAWAN2 SEMUA DOAKAN KEJAYAAN AKU MENJAWAB EXAM SEM NI JER... BIAR DIBERIKAN KEPUTUSAN YG X MENGHAMPAKAN AKU.. AMIN...

\
 

Monday, 21 May 2012

Kelebihan Bulan Rejab


E-mail Cetak
BULAN REJAB MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Pengenalan

1. Rejab ertinya “Mulia”. Bulan Rejab adalah bulan mulia. Ia diberi nama sedemikian kerana bangsa Arab dahulu sangat memuliakan bulan ini dengan 4 cara iaitu: -

(i) Tanggal 1hb Rejab mereka menyembelih anak unta sebagai qurban.

(ii) Tanggal 1hb Rejab mereka akan membuka pintu Ka’abah siang dan malam agar dapat beribadah dengan sepuasnya.

(iii) Tanggal 10hb Rejab mereka kembali menyembelih qurban tetapi tidak lagi anak unta. Amalan ini telah dibatalkan setelah datangnya Islam.

(iv) Bulan diharamkan berperang, setelah datangnya Islam amalan ini juga telah dibatalkan.

2. Tanggal 27hb Rejab berlakunya peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah SAW iaitu Isra’ dan Mi’raj. Terdapat khilaf di kalangan ulama’ mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulama’ bersepakat menerima ianya berlaku pada 27hb Rejab. Tarikh berlakunya Isra’ dan Mi’raj tidaklah penting tetapi umat Islam wajib meyakini bahawa peristiwa ini benar-benar berlaku ke atas tubuh mulia Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al-Quran dan hadis-hadis sahih.

3. Pada bulan ini juga berlakunya peperangan Tabuk pada tahun 9 Hijrah iaitu peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.


Bulan Rejab Menurut Al-Quran

Al-Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyentuhnya secara tidak langsung iaitu surah al-Baqarah (ayat 194 dan 217) dan surah at-Taubah (ayat 2, 36 dan 37). Di antara dalil al-Quran ialah firman Allah SWT yang bermaksud:-

“Bulan haram dengan bulan haram, dan pada sesuatu yang patut dihormati,…”
(Al-Baqarah: 194)

“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antara 4 bulan haram ¹ …”
(At-Taubah: 36)

Ulama berselisih pendapat kenapa bulan-bulan ini (bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab) dinamakan bulan haram. Pertama, dikatakan bahawa ia disebabkan kebesaran kehormatannya, sebagaimana besarnya dosa yang dikira jika dilakukan dalam bulan itu.

Ibn Abbas berkata bahawa sesungguhnya Allah mengkhususkan keempat-empat bulan itu, sebagaimana ganjaran besar untuk amalan soleh yang dilakukan dalam bulan itu.

Kedua, dikatakan juga ia dinamakan bulan haram lantaran pengharaman peperangan dilakukan dalam bulan itu dan ia dalah amat dikenali pada masa jahiliyah dan dikatakan juga ia dilakukan sejak zaman Nabi Ibrahim a.s.

(1) Maksudnya antara lain ialah: bulan haram (bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab)

(2) Dikatakan juga oleh ulama bahawa keempat-empat bulan itu dinamakan haram berikutan pengharaman peperangan disebabkan ibadah haji dan umrah yang dilakukan dalam bulan haram itu. Bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram adalah tiga bulan yang berturutan. Maka, diharamkan bulan Zulkaedah lantaran bakal haji melakukan perjalanan ke Makkah dalam bulan itu. Bulan Zulhijjah disebabkan ibadah haji dilakukan dalam itu dan bulan Muharram pula mereka yang mengerjakan ibadah haji akan kembali ke tempat masing-masing. Pengharaman ini bagi membolehkan mereka yang mengerjakan haji berasa aman terhadap keselamatan diri. Rejab pula diharamkan lantaran ibadah umrah dilakukan dalam bulan itu pada pertengahan tahun.


Bulan Rejab Menurut As-Sunnah

Berdasarkan dalil al-Quran jelas menunjukkan bahawa bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan yang sangat dimuliakan atau dipanggil juga Al-Ashhur Hurum. Perlu ditegaskan bahawa melakukan puasa dalam bulan-bulan ini adalah dituntut (mandub). Ada hadis yang menyebut bahawa Rasulullah SAW menyuruh para sahabat melakukan puasa sunat dalam bulan Al-Ashhur Hurum. Berpuasa dalam bulan Rejab adalah dituntut tetapi tiada satu hadis sahih yang mebuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Dalam satu riwayat datang seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya, “Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama” Ujar Nabi SAW, “Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik? Kata lelaki itu, “Semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam” Maka tanya Rasulullah SAW “Kenapa kamu seksa dirimu?” Lalu sabdanya “Berpuasalah pada bulan sabar – yakni bulan Ramadan dan satu hari dari setiap bulan!” Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya! Ujar lelaki itu. “Berpuasalah dua hari! Sabda Nabi. “Tambahlah lagi!” Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda “Berpuasalah dalam bulan suci (haram) lalu berbukalah! (kemudian diulangi sebanyak tiga kali) sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan Baihaqi dengan sanad yang baik).

Berpuasa dalam bulan-bulan haram iaitu empat bulan, tiga bulan berturut-turut (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan satu bulan berasingan (Rejab) adalah sebaik-baik bulan untuk berpuasa selepas Ramadan. Sebaik-baik bulan haram ialah Muharram diikuti dengan Rejab dan seterusnya. Keempat-empat Imam Mazhab sepakat mengatakan bahawa berpuasa dalam bulan haram sangat dituntut namun adalah makruh memilih bulan Rejab sahaja untuk berpuasa.

Terdapat satu hadis yang bertaraf hasan menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah berpuasa (di dalam bulan Rejab) lebih banyak daripada bulan Sya’aban dan bila ditanya, baginda menyatakan, kerana ia (Rejab) bulan pengampunan di antara Rejab dan Ramadan. Ada sebahagian masyarakat berpuasa berturut-turut (Rejab, Sya’aban dan Ramadan) di ketiga-tiga bulan. Ini bukannya dari Rasulullah SAW, bukan dari sahabat dan salafussoleh. Yang terlebih baik ialah berpuasa sebahagiannya atau berpuasa selang sehari dan bukan berterusan. Inilah sunnah Rasulullah SAW.


Perselisihan Pendapat Mengenai Hadis-Hadis Berkaitan Kelebihan Bulan Rejab

Memang terdapat banyak hadis yang menyebut secara khusus mengenai kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam bulan Rejab. Ulama berselisih pendapat sama ada hadis-hadis ini boleh diterima untuk diamalkan atau ditolak berdasarkan penilaian hadis-hadis yang diklasifikasikan sebagai dha’if, sangat dha’if dan maudhu’ (palsu). Sebahagian ulama dan para pendakwah masa kini mengambil sikap berhati-hati dan sebahagiannya menolak hadis-hadis ini dan melarangnya disampaikan kepada masyarakat. Di antara contoh hadis-hadis mengenai bulan Rejab yang adalah seperti berikut: -

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; “Rejab bulan Allah, Sya’aban bulanku (Nabi Muhammad SAW), Ramadan bulan umatku”.

(Hadis ini dikatakan mun’kar bahkan dianggap maudhu’ dan tiada padanya nilai ilmiah yang boleh dipertanggungjawabkan)

“Dalam syurga ada sebuah sungai bernama Rejab, airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu. sesiapa berpuasa dalam bulan Rejab, nescaya diberi minum air sungai itu”.

(Hadis ini juga dhai’f)

“Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Rejab, sama seperti ia berpuasa sebulan. Sesiapa berpuasa 7 hari nescaya ditutup daripadanya 7 pintu neraka Jahannam. Sesiapa berpuasa 8 hari, nescaya dibuka 8 pintu syurga”. (Hadis ini dha’if)

Perbahasan: Penentuan sesuatu hadis sama ada ianya sahih, hasan, dha’if dan sebagainya disebabkan oleh perawi (pembawa)nya. Ini memerlukan satu perbincangan yang panjang. Kita bersetuju bahawa apabila sesuatu hadis yang hendak disampaikan oleh seseorang penceramah, beliau hendaklah menyebut kedudukan hadis tersebut dan siapa yang meriwayatnya. Perlu dijelaskan di sini bahawa adalah tidak patut hanya disebabkan hadis itu dha’if, maka ia perlu diketepikan dan ditolak mentah-mentah. Hadis dha’if adalah tetap hadis dan ia bukannya maudhu’. Penilaian ulama terhadap perawi sesuatu hadis adalah berbeza-beza. Seseorang ulama hadis mungkin menilai hadis itu dha’if atau maudhu’ pada kajiannya sahaja akan tetapi kepada ulama hadis yang lain ia tidak begitu. Sekiranya seorang atau dua ulama yang menilai sesuatu hadis itu dha’if tidaklah sampai menjejaskan hadis tersebut. Mungkin di antara perkara ganjil yang terdapat di dalam hadis yang dianggap dha’if ialah besarnya ganjaran pahala yang dijanjikan apabila kita melakukan sesuatu amalan yang dianggap sedikit. Perkara ini janganlah dijadikan persoalan kerana ganjaran yang besar itu hanya pada anggapan akal fikiran kita sahaja tetapi ianya adalah kecil di sisi Allah SWT yang Maha Kaya dan Maha Pemurah untuk hamba-hambaNya yang sentiasa mencari dan mengharapkan rahmat serta keredhaanNya.

Selain berpuasa di bulan Rejab, kita dianjurkan memperbanyakkan berdoa’, solat sunat, berselawat, bersedeqah, beristighfar, membaca al-Quran dan berzikir. Dalam kitab Raudhoh Imam Nawawi ada menyebutkan “Malam awal Rejab mustajab doa’nya”.

Marilah sama-sama kita merebut peluang-peluang keemasan yang terdapat dalam bulan Rejab ini dengan memperbanyakkan amalan kebaikan. Namun begitu, setiap amalan mestilah bersandarkan kebenaran dan tidak terkeluar dari batas yang dibenarkan termasuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara bid’ah.

Wallah hu’alam bissawab.

Friday, 18 May 2012

Rindu saat2 Kelapangan

Rindunya saat2 aku lapang.... Lapang dari segala permasalahan... Tidak ada masalah yang melanda aku.. x payah fikir hal asgmnt n exam.. rinDu saat2 itu... wwwwwwaaaaaaaaaaaa Aku sebenarnya rindu saat2 kat rumah.. x tension relax jer... boleh buat apa yang aku suka.. dah lama aku x coret2 kat blog aku ni bukannya apa sekarang ni... asyik sibuk jer kerjanya.. asgmnt + exam... mana satu aku nak fokus ni??? pening2 pelbagai masalah yang timbul... 1.6-26.6 aku exam.. wish good luck 4 me....

Friday, 27 April 2012

Kasihmu Ibu - Mamat.mp4

Rindu nak buka blog kesayangan aku ni

Assalamualaikum.... apa kabar semua kawan2 dh lama aku x post apa2 kat blog ni al-maklum la huhu sekarang ni sibuk sgt2

Thursday, 29 March 2012

SEBUAH PESANAN RASULULLAH

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.
1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.
5. Wanita Basaqah : ada 2 makna,
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

TANIAH AWAL N SCHA

Sepakat memilih tarikh perkahwinan 4 Mei 2012



AIR MATA lelaki pemilik nama Ahmad Awaluddin Ashaari atau Awal Ashaari, 31, tumpah jua tatkala video dia melutut melamar kekasihnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya atau Scha Al-Yahya, 29, dalam program Propanganza ditayangkan pada sidang akhbar pengumuman tarikh perkahwinan mereka di Ampwalk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Sambil menyapu air mata di pipinya, Awal memberitahu, dia menangis ekoran melihat reaksi Scha yang terkejut sehingga menangis ketika dia melamar kekasihnya itu.
"Scha tak pernah menangis depan saya. Bagi saya dialah perempuan paling macho pernah saya jumpa. Tapi, apabila Scha menangis sewaktu saya melamarnya, saya berasa sungguh terharu," tutur Awal mengenai video lamaran yang disiarkan menerusi Propaganza secara langsung pada 25 Mac lalu.
Celah Scha, dia menangis ketika lamaran itu kerana dia tidak menyangka kekasihnya itu akan melamarnya ketika mengacarakan program tersebut.
Katanya, jika dia tahu Awal ingin melamarnya di situ, dia tidak akan mengacarakan program tersebut pada hari itu.
Risau disalah tafsir oleh sesetengah pihak, ujar Awal, lamaran tersebut dilakukan bukan kerana ingin mengikut budaya Barat tetapi sekadar mahu menunaikan permintaan Scha yang pernah bertanya kepadanya tentang tarikh dia akan membuat lamaran secara terbuka seperti yang pernah dilakukan oleh kebanyakan orang.
"Kerana rasa tercabar dia cakap saya tak pernah mahu melamar dia seperti mana dalam babak-babak filem cinta, saya lantas nekad melamarnya secara terbuka. Sebenarnya pasang niat mahu melamarnya secara terbuka sudah lama dirancang. Namun, semuanya gagal.
"Pertama kali saya pasang niat mahu melamar Scha sewaktu Anugerah Industri Muzik tahun lalu tetapi tak berjaya kerana wujud beberapa halangan.
"Selepas itu saya pasang niat mahu melamarnya dengan meletakkan cincin di dalam kek cawan tapi niat itu tak dilaksanakan takut dia tertelan cincin tersebut pula. Akhirnya, selepas sepakat dengan kru Propaganza saya dibenarkan melakukan lamaran secara langsung dalam program tersebut," ujarnya lega.
Pasangan merpati dua sejoli ini akhirnya membuka mulut dan sepakat memilih tarikh 4 Mei ini untuk melangsungkan pernikahan.
Memilih Hotel Pullman, Putrajaya untuk melangsungkan akad nikah, Awal dan Scha seterusnya memilih tarikh 6 Mei untuk majlis resepsi perkahwinan mereka yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Ungkap Awal, bukan niat untuk berteka-teki mengenai tarikh perkahwinan mereka walaupun sudah membuat keputusan untuk berkahwin pada bulan yang sama dengan pasangan Lisa Surihani dan Yusri Abdul Halim berkahwin iaitu Februari lalu.

AWAL dan Scha kini sepakat untuk melayari bahtera rumah tangga.


"Selama ini ramai orang kata kami berteka-teki mengenai tarikh perkahwinan tetapi sebenarnya saya dan Scha terlalu sibuk dengan kerja. Malah, akibat kesukaran untuk menempah dewan membuatkan kami melewatkan sedikit tarikh perkahwinan," jelas Awal.
Awal juga melahirkan rasa syukur kerana ramai pihak yang sudi menaja perkahwinannya bersama Scha itu.
Bekas pengacara Fuhh! itu juga telah memilih saluran Astro untuk bertindak sebagai penyiar rasmi majlis pernikahan dan resepsi mereka.
Pertemuan pertama
Menceritakan detik perkenalan mereka, dedah Awal, dia terpikat dengan Scha sejak pelakon utama Awan Dania itu menyertai pertandingan Dewi Remaja pada tahun 2007.
"Ketika itu saya ditugaskan mengacarakan program tersebut dan dia menjadi peserta pertandingan itu. Saya terpikat dengan Scha pertama kali melihat dia dan menjangkakan kemenangannya pada pertandingan itu.
"Namun, perkenalan kami bukan terjalin sewaktu itu. Selepas setahun tidak bertemu dia, pada tahun 2008 ketika sesi fotografi saya meminta sebuah majalah untuk digandingkan bersama Scha. Bermula sesi fotografi tersebut kami mula bertukar nombor telefon namun hubungan kami sekadar teman kerana Scha sudah memiliki teman lelaki," ujarnya.

RESTU. Pasangan Awal dan Scha diapit oleh ahli keluarga masing-masing.


Sudah jodoh, akhirnya Awal bertemu semula dengan Scha ketika sama-sama mengacarakan pertandingan Sehati Berdansa. Mengetahui Scha masih belum berpunya, Awal lantas segera memulakan langkah untuk menambat hati Scha. Namun, ia bukan mudah kerana Scha ketika itu baru patah hati selepas putus cinta dengan pelakon kacak, Fahrin Ahmad.
Tahu selera wanita idaman hati, Awal setiap hari menghantar kek cawan ke rumah Scha. Akhirnya, Scha terbuka hati lalu menerima Awal sebagai kekasih.
"Awal hadir dalam hidup saya ketika saya patah semangat dan menghadapi kesulitan selepas putus cinta. Dia banyak memberi kata-kata semangat dan dia jugalah tempat saya mengadu dan menangis. Melihatkan kesungguhan dia saya terbuka hati menerimanya," ujar Scha.
Syarat Awal kepada Scha
Ditebak dengan persoalan apakah syarat yang dikemukakannya kepada Scha selepas berkahwin nanti, Awal tanpa berselindung memberitahu, dia tidak mengizinkan Scha memeluk mana-mana lelaki dalam apa juga babak dalam drama mahupun filem selepas bergelar isteri kelak.
Bukan cemburu tetapi menurut Awal, syarat tersebut dikenakan untuk memastikan rumah tangga mereka kekal harmoni tanpa sebarang pergaduhan.
Selain syarat tidak memeluk lelaki, Awal juga meminta bakal isterinya itu pulang ke rumah sebelum pukul 12 tengah malam dan tidur bersama dirinya dalam apa jua keadaan.
"Apabila bergelar isteri kelak, saya harap Scha tidak menerima tawaran lakonan yang memerlukannya memeluk lelaki. Ia perlu bagi menjaga nama baik suami dan keluarga kedua-dua belah pihak. Biarlah tawaran watak yang diterima sesuai dengan status isteri yang dibawanya.

TIDAK dapat menahan emosi, Awal mengalirkan air matanya sambil diperhati Scha setia di sisinya.


"Selain itu, Scha juga kena pulang rumah sebelum pukul 12 tengah malam. Tapi, kalau sudah tak dapat dielakkan mahu buat macam mana. Saya juga mengikut nasihat ibu saya bahawa walau apa jua keadaan sama ada bergaduh sekalipun, suami isteri tetap kena tidur bersama dan bukan berasingan.
"Berdasarkan pesanan-pesanan daripada rakan-rakan yang sudah berumah tangga dan orang tua-tua, mereka memberitahu, jika suami isteri tidur bersama akan menguatkan lagi keutuhan mahligai perkahwinan," ungkap Awal.
Scha yang tidak mengetahui permintaan Awal terkejut dengan syarat-syarat tersebut. Bagaimanapun, dia tidak kisah dengan syarat tersebut memandangkan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mematuhi arahan suami.
Scha yang baru sahaja mengetahui tentang syarat Awal itu agak terkejut selepas ditanya oleh pihak media.
"Saya pun tak tahu ada syarat selepas kahwin. Tapi, saya tiada masalah dengan syarat-syarat dia. Sebagai isteri, saya perlu mengikut kata-katanya," ujarnya ketawa.
Permintaan Scha terhadap Awal pula tidak melebihi sekadar mahu bakal suaminya itu menjaganya seperti mana dia menjaga ibu dan keluarganya.