bila aku dah naik stress macam2 kelakuan giler2 aku buat utk hilangkan sedikit strees yang melanda diriku dek kerana asgment yang berlambak ni tapi sempat lagi aku berbloger2 malam ni eeehhh maksud aku pagi2 ni sebab aku baru nk tido selepas buatkan asgment yang x siap lagi ni.... adus macam mana ni ya.. adakah inilah yang digelar sebagai asgmnt last2 minit... 1 hb ni nk kena htr asgmnt group IB (international business) hahahah syoknya aku buat asgmnt saat2 last minit ni wakakakakaa... asgmnt individu pun x siap lagi... adus jom buat t... asgmnt ko-k???? x sentuh apa2 pun lagi ni... t aku try la buat..INSYAALLAH akan siap la nanti... k.lah aku nak sleep dah kelas esok pkol 9.30 pagi... (klas FM) malasnya nak pergi tapi aku kena rajin pergi ok... JANGAN MALAS2X IEKA, ORG YG MALAS AKAN RUGI....
TENGOK LAH TELATAH AKU DIBAWAH YG STRESS
(OTAK TGH SERABUT)
(ILHAM X DATANG)
Cinta anugerah teragung yang dicipta kepada manusia oleh Illahi... Hargailah ia sebelum ia pergi meninggalkan kita .. Hargailah Cinta sebelum ia Pergi x Kembali lagi..
Tuesday, 29 November 2011
Monday, 28 November 2011
Kenangan kursus protokol 2011..... 19.11.2011
kursus protokol??????? kursus apa ni ya........ well kalo nak tahu kursus protokol ni merupakan kursus belajar cara-cara kita pergi ke majlis-majlis rasmi nanti bila kita dah kerja t la, tapi tak semestinya time kerja t jer kita berprotokol, bila-bila masa pun boleh la kalo nak berprotokol.... ----->(t aku ajak rakan2 aku berprotokol pula lain kali tapi bukan kat hotel kat cafe @ kat bilik kita la nanti ya) .... bila kita pergi kursus protokol t kita akan diajar cara penampilan kita ke majlis-majlis rasmi hehehehhe, dar segi pemakaian hinggalah cara make up taw... kita x boleh make up tebal2 sgt ke majlis-majlis rasmi tapi ikut keadaan la ya... selain itu kita di ajar cara-cara nak makan masa kita masuk majlis-majlis rasmi... ala makan ala2 macam VIP, VVIP, VVVIP(berapa banyak V aku pun x taw la) syok pergi kursus protokol ni rasa macam nak joint lagi jer lain kali .... Kursus ini wajib bagi stdent uum ambil taw, ala hai bukan lama pun pergi kejap jer aku pergi dengan kawan2 aku tempoh hari kami ambil sesi petang 19.11.2011sebb ada nak ambil sesi pagi aku ada ko-k lagi la... kitaorg strt kursus pkol 5 petang, berhenti berehat sekitar jam 7----> 8 malam lpas 2 sambung balik sesi yg ke-2 syok sesi belajar makan secara berprotokol hehhehehehe ..... Awal2 mng berprotokol lpas 2 entah kemana hilangnya protokol sudah.... hahahahaa sampai pkol 9.30 baru habis kitaorg berprotokol hari 2.
kat bawah ni ada gmbr kitaorg semasa berprotokol
protokol ker? renung-renungkanlah
( tengok gaya aku pegang pisau n garfu ada gaya protokol x?
(upacara bergambar sebelum masuk sesei ke-2)
(bergambar sebelum kitaorang berebut dapatkan bus untuk balik DPP masing2)
(lieza,uda,k.zue,na,jue, n aku la)
kat bawah ni ada gmbr kitaorg semasa berprotokol
protokol ker? renung-renungkanlah
( tengok gaya aku pegang pisau n garfu ada gaya protokol x?
(upacara bergambar sebelum masuk sesei ke-2)
(bergambar sebelum kitaorang berebut dapatkan bus untuk balik DPP masing2)
(lieza,uda,k.zue,na,jue, n aku la)
Wednesday, 23 November 2011
zalimnya...
well hari ini aku ada terbaca satu keratan akhbar yg menarik mengenai pembunuhan ikan paus...... sedih jer membacanya

BANDAR TORSHAVN, Denmark - Penduduk di Kepulauan Faroe, Denmark menangkap dan memotong daging ikan paus pilot dekat sini kelmarin.
Pada setiap tahun, penduduk di Kepulauan Faroe makan daging ikan paus pilot.
Penduduk di kepulauan itu merupakan keturunan Viking yang merupakan penduduk di Scadinavia yang terkenal sebagai pahlawan, peneroka, lanun dan pedagang pada abad ke-8 hingga pertengahan abad ke-11 Masihi.
Ikan paus pilot merupakan diet penduduk di kepulauan itu sejak lebih 1,000 tahun lalu.
Penduduk itu akan memerangkap haiwan berkenaan ke sebuah teluk dan membunuh ikan tersebut.
Acara membunuh ikan paus itu dikenali sebagai Grindadrap dan daging haiwan tersebut tidak boleh dijual sebaliknya ia diagihkan dalam kalangan penduduk. - Agensi
Acara bunuh ikan paus pilot

SEJUMLAH penduduk membunuh beberapa ekor ikan paus pilot dekat bandar Torshavn, Denmark kelmarin.
BANDAR TORSHAVN, Denmark - Penduduk di Kepulauan Faroe, Denmark menangkap dan memotong daging ikan paus pilot dekat sini kelmarin.
Pada setiap tahun, penduduk di Kepulauan Faroe makan daging ikan paus pilot.
Penduduk di kepulauan itu merupakan keturunan Viking yang merupakan penduduk di Scadinavia yang terkenal sebagai pahlawan, peneroka, lanun dan pedagang pada abad ke-8 hingga pertengahan abad ke-11 Masihi.
Ikan paus pilot merupakan diet penduduk di kepulauan itu sejak lebih 1,000 tahun lalu.
Penduduk itu akan memerangkap haiwan berkenaan ke sebuah teluk dan membunuh ikan tersebut.
Acara membunuh ikan paus itu dikenali sebagai Grindadrap dan daging haiwan tersebut tidak boleh dijual sebaliknya ia diagihkan dalam kalangan penduduk. - Agensi
Skrip berbeza 2009, 2011

IMBAS KEMBALI... Skuad bimbingan Rajagobal menamatkan penantian selama 20 tahun Malaysia apabila memenangi pingat emas acara bola sepak di Laos pada 2009.
JAKARTA - Andai pasukan bola sepak negara kendalian Datuk K. Rajagobal mempunyai skrip tersendiri sebelum meraih pingat emas pada temasya Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos, skuad Harimau Muda bimbingan Ong Kim Swee pula ada jalan cerita berbeza ketika membawa pulang emas malam kelmarin.
Diimbas kembali rentetan kejayaan skuad negara dua tahun lalu, anak- anak buah Rajagobal bermula langkah kanan apabila membelasah Timor Leste 11-0 pada aksi pembukaan Kumpulan A.
Bagaimanapun, momentum itu gagal diteruskan apabila tewas 1-3 kepada Vietnam, gara-gara keputusan 'berat sebelah' pengadil dari Korea Selatan, Kim Jong-Hyeok se- hingga mengundang kemarahan kem negara.
Mujur skuad kendalian Rajagobal kembali bangkit dengan melakar kemenangan 4-0 ke atas Kemboja sebelum membenam juara 13 kali, Thailand 2-1, sekali gus muncul naib juara Kumpulan A untuk layak ke separuh akhir.
Pada aksi separuh akhir, skuad negara di- letakkan sebagai pilihan ketika membuat perhitungan dengan Laos yang menyaksikan mereka merakamkan kemenangan 3-1.
Mungkin sudah suratan, anak-anak buah Rajagobal kembali berentap dengan Vietnam di pentas final, sekali gus menjadi me- dan buat mereka membalas dendam keka- lahan di peringkat kumpulan.
Ternyata segala keperitan dan kekecewaan mereka terbalas apabila jaringan sendiri pemain Vietnam, Mai Xuan Hop ketika perlawanan berbaki lima minit memastikan skuad negara menang tipis 1-0.
Kejayaan itu sekali gus mengakhiri penan- tian skuad negara selama 20 tahun untuk meraih pingat emas acara bola sepak yang dianggap paling berprestij pada temasya Sukan SEA.
Dua tahun berlalu, kini anak-anak buah Kim Swee tampil dengan satu misi iaitu mempertahankan pingat emas yang dimena- ngi skuad negara di Laos.
Tugas Kim Swee pada mulanya tampak sukar sebaik undian dikeluarkan apabila barisan Harimau Muda diundi dalam 'kumpulan maut' bersama Indonesia, Thailand, Singapura dan Kemboja.
Diundi bersama Indonesia dan Thailand khususnya sudah tentu memberi gambaran awal betapa Harimau Muda bakal berdepan dengan tugas mencabar berdasarkan repu- tasi yang dimiliki kedua-dua pasukan tersebut.
Memulakan kempen dengan menentang Singapura, Harimau Muda dilihat masih ter- cari-cari rentak untuk 'mengaum' di Stadium Gelora Bung Karno apabila sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan.
Bagaimanapun, Harimau Muda mula mendapat rentak 'sang juara' apabila mene- waskan Thailand 2-1 sebelum membelasah Kemboja 4-1.
Biarpun laluan ke separuh akhir tampak terbuka luas, anak-anak buah Kim Swee tampil dengan semangat juang yang tinggi apabila membenam ego Indonesia di hada- pan penyokong sendiri hasil kemenangan 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan A.
Kejayaan tersebut menyaksikan mereka tampil selaku juara Kumpulan A, sekali gus membuat perhitungan dengan naib juara Kumpulan B, Myanmar pada peringkat separuh akhir.

ANAK-ANAK buah Kim Swee berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi Malaysia di Laos dua tahun lalu selepas menewaskan Indonesia pada final Sukan SEA 2011 malam kelmarin.
Seperti diramal, Harimau Muda berjaya meloloskan diri ke babak final apabila mela- kar kemenangan 1-0 dan Indonesia menanti mereka dalam persaingan memburu emas selepas skuad Garuda Muda itu menang 2-0 ke atas Vietnam dalam satu lagi saingan se- paruh akhir.
Seakan-akan sudah lali dengan ejekan dan provokasi para penyokong Indo- nesia, Harimau Muda tampak lebih dominan berbanding Garuda Muda pada aksi final malam kelmarin.
Ketinggalan 0-1 hasil jaringan tonggak pertahanan Indonesia, Kurniawan Dwi Cahyo seawal minit kelima, barisan Harimau Muda tidak sedikit pun menunjuk- kan tanda-tanda mahu mengalah lebih awal.
Sebaliknya, mereka tampil dengan rentak bertenaga sehingga akhirnya berjaya memperoleh gol penyamaan menerusi tandukan terbang Mohd. Asraruddin Putra Omar pada minit ke-35.
Bagaimanapun, kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan sehingga tamat masa tambahan sehingga perlawanan dilanjutkan menerusi penentuan sepakan penalti.
Sekali lagi Harimau Muda tidak gentar de- ngan sorakan penyokong-penyokong Indonesia apabila kapten Baddrol Bakhtiar, Ma- hali Jasuli, Mohd. Fandi Othman dan Ahmad Fadhli Shaas berjaya menyempurnakan sepakan penalti, manakala sepakan yang dilakukan Ahmad Fakri Saarani berjaya diselamatkan penjaga gol Indonesia, Kurnia Meiga.
Dengan Indonesia hanya memperoleh gol menerusi Titus Bonai, Egi Melgiansyah dan Abdul Rahman, manakala rembatan Kurniawan terkena tiang gol dan ketangkasan penjaga gol, Khairul Fahmi menepis sepakan Ferdinan Sinaga, ia sudah memadai buat Harimau Muda melakar kemenangan 4-3.
Kejayaan tersebut dianggap cukup manis dan penuh bermakna buat Kim Swee dan skuad Harimau Muda biarpun mereka terpaksa mengharungi pelbagai halangan dan rintangan sepanjang berada di bumi Jakarta.
Dengan masalah lokasi latihan yang jauh dari hotel penginapan rasmi, selain terpaksa mengharungi jadual yang padat, anak-anak buah Kim Swee membuktikan mereka memiliki kualiti dan karakter sebagai juara.
Paling meninggalkan kesan dan diingati skuad Harimau Muda sudah pasti insiden bas yang dinaiki mereka diserang ratusan penyokong Indonesia kira-kira dua jam sebelum aksi final malam kelmarin.
Sejurus tamat perlawanan, para pemain negara dibawa menaiki Barracuda - kereta perisai milik polis Indonesia - untuk pulang ke hotel penginapan di Hotel Sultan, kira-kira satu kilometer dari stadium sebelum mereka terus berlepas ke tanah air dengan menaiki pesawat sewa khas milik AirAsia.
Biarpun masih dimamah keletihan, barisan wira Harimau Muda harus kembali mengalihkan fokus mereka di tengah padang apabila dijadualkan menentang Syria pada aksi kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
Thursday, 17 November 2011
TANDA-TANDA HAMPIR KIAMAT
Hadis yang dikumpulkan oleh Syeikh Othman Jalaluddin di dalam kitabnya Ad Darratun Naafi'aah Fil Asy Raat As Saa'aah dan dikumpulkan oleh Al 'Allamah Mufti Brunei, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama, Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz dalam kumpulan fatwanya bilangan 30 menceritakan beberapa peristiwa TANDA TANDA KIAMAT, di antaranya : | |
1. | Lahir binatang berekor yang menerangi pihak timur - kemungkinan Komet Helly |
2. | Qur'an diangkat daripada dada (tidak ada orang menghafal Quran), Quran dilagu - lagukan dan dipertandingkantetapi tidak dilaksanakan pengajarannya. Al-Quran ditulis cantik dan dijadikan hiasan dinding. |
3. | Banyak orang berhutang di bank dengan menggunakan riba' |
4. | Kemelesetan ekonomi. Perniagaan rugi. |
5. | Cukai ditinggikan. |
6. | Banyak berlaku homoseks dan lesbian. |
7. | Timbul penyakit ganjil timbul dari hubungan seks haram seperti Siplis, Aids da lain - lain. |
8. | Orang perempuan tidak mahu beranak banyak dan merekamengguna alat perancang keluarga. |
9. | Orang Islam kutuk mengutuk sesama Islam. |
10. | Masjid dibina indah dan mahal - mahal tetapi tidak banyak ahli jema'ah dan tidak dijadikan sebagai pusat gerakanIslam. |
11. | Perempuan mengatasi lelaki dari segi jumlah, peranan,menguasai rumah tangga (Queen Control), menguasai jawatan dan lain-lain lagi. |
12. | Banyak berlaku gempa bumi. |
13. | Banyak berlaku peperangan di serata ceruk muka bumi. |
14. | Lahir kumpulan penyanyi macam orang gila (rock), kumpulan punk dan lain - lain. |
15. | Banyak berlaku rasuah. |
16. | Lahir kumpulan mengkritik Hadis Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam. |
17. | Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki. |
18. | Hubungan keluarga pecah belah (anak durhaka ibu bapa,isteri tidak taat suami, suami menganiaya isteri di jadikan pelacur dan sebagainya ) |
19. | Pembunuhan secara aniaya berlaku secara terang - terangan tanpa pembelaan seperti di kem tahanan Sabra danSyatila; dan di Bosnia) |
20. | Salam cuma diucapkan kepada orang yang dikenali sahaja. |
Peristiwa - peristiwa di atas ialah tanda - tanda pertengahan menjelang tanda - tanda Kiamat yang besar (Kiamat Kubra). Tanda - tanda Kiamat Kubra diriwayatkan lagi bahawa berlaku beberapa peristiwa iaitu: | |
1. | Sembahyang ditinggalkan. |
2. | Banyak bangunan tinggi mencakar langit. |
3. | Orang jahat jadi pemimpin. |
4. | Tidak amanah dan zalim. |
5. | Penzinaan berleluasa dan dijadikan sumber hidup. |
6. | Perkara haram dihalalkan. |
7. | Umat Islam banyak yang tersesat dan terkeluar dariaqudah Ahlussunnah Waljama'ah. |
8. | Ulama' menjual agama kerana kepentingan dunia. |
9. | Orang khianat diberi amanah dan orang amanah diketepikan. |
10. | Alat muzik yang haram dimainkan oleh orang Islam. |
11. | Arak jadi minuman seharian (rasmi). |
Demikianlah sedikit dari banyak tanda - tanda untuk direnung dan difikirkan Dipetik dari : Haluan Kepimpinan dan Siasah Dalam Arus Kebangkitan Islam oleh : Prof. Muhammad As Soqhir Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullahs.a.w. bersabda, maksudnya : " Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar |
jadual yang padat
dah lama rasanya x singgah n post someting kt dlm blog ni huhuhhuuuu... sekrg ni sibuk sgt2x dengan asgmnt yg berlamabaknya----->( x taw nk bt yg mana dulu.. setakat ni 2 asgmnt blm terusik n nk kena htr hari ahd n isnin ni) ... pagi ni shj br lpas exam ingt kan pper 1000( objktf) blh hentam2 jer maklum la tanggapan pper kacang jer tapi ssh juga duk tnya bnyak teori--->( sbjek pnghtr psikologi).. esok pagi ko-k., . ptg- malam--> khss protokol....... ahd-----> asgmnt psikologi( x bt apa2 lagi)... isnin-- pagi--> exam mis, tengahari--> presentation bpcom( ltcer skema gler, nk lls jgn ambl dgn dia)... malam----> exam stat gun...... yg exam2 aku x sty apa2 pun lagi ni huhuuuuuuuu...
Subscribe to:
Posts (Atom)